Churp Churp

TOLONG CLICK!!!

Sunday, December 23, 2012

Jalan-jalan ke Kota Singa 2

Sambungan......

Balik ke bilik hotel, mata tak mahu pulak lelap walhal badan dah letih lemau rasanya.  Angah tidur kat bilik SIL (maklong) so tinggal Along dengan Puteri Bongsu sajer yang sebilik dengan kami.  Deme berdua pun dok melangut kat depan TV, disuruh tidur... tak mengantuk katanya.  KakLang joint dorang tengok TV sambil makan mee mamee dan nescafe panas, nikmat....






Dekat tengah malam, KakLang dok perambat dorang suruh tidor, esok kena bangun pagi sebab van tunggu pukul 7:30 pagi. 

Sabtu......
Pukul 7:15 kami yang dah bersiap turun utk bersarapan di Kafe Hotel. Nampak dari lobi, van dah menunggu...   tunggu yg lain turun dan sarapan pukul 8 lebih baru gerak.  Jalan jammed nak ke Singapura dan hala masuk ke Malaysia. 


Puteri Bongsu sabar menunggu...(dlm van)
 
Jammed... hala masuk ke Singapura

Jammed.... hala masuk ke Malaysia

Selesai urusan Imigresen, perjalanan di teruskan straight to USS.... perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 45 minit terasa sangat menyeronokkan... suasana yang tak jauh beza dari negara kita melainkan persekitaran mereka sangat bersih. 

Anak-anak dan mak bapak anak happy sebaik tiba di USS, janji dengan driver van untuk datang jemput kami pukul 4:30 petang nanti.  Jom tengok gambar di USS.....





Puteri Bongsu di entrance USS

bersambung.... next entry, gambar-gambar jer yer.




Tukar Nama lah Yer....

Holaa......uols

Perasan tak? KakLang tukar dah nama blog KakLang.

"Teratak Bahagia di Desa Ceria"

Tak de alasan yang munasabah untuk bertukaran ni, saja-saja jer.

Jalan-jalan ke Kota Singa

Assalammualaikum...

Kenangan percutian KakLang dan keluarga ke Singapura ni dah seminggu berlalu.  Baru hari ni KakLang berkesempatan nak berkongsi dengan semua.  Macam-macam perkara berlaku dalam seminggu ni dan yang paling sadis, Kaklang jatuh tersembam dalam bilik air kat rumah, bertanda jugaklah dahi KakLang ni sebab terhantuk kat baldi dalam bilik air, sampai pecah baldi tu.   Berpinar mata kiri KakLang akibat dari hantukkan tu.  Nasib tak cedera teruk, Alhamdulillah... masih diberi peluang untuk merubah diri menjadi Hamba yang lebih baik oleh Pencipta, Allah SWT.

Percutian kali ni turut disertai oleh Famili in laws KakLang. Kami bertolak ke Johor pada pagi Jumaat yg penuh barakah, dan alhamdulillah perjalanan kami dari Shah Alam ke Johor berjalan dengan lancar dan kami selamat sampai ke hotel penginapan lebih kurang pada pukul 3:30 petang.  Kami memilih M-Suite Hotel di Lido tak jauh dari Danga Bay sebagai tempat bersemayam kami hingga hari Ahad. Jom jengah suasana bilik KakLang, Boss dan anak-anak.

Tempat untuk anak-anak beradu

Ruang Tamu/Menonton TV (Along dan Puteri Bongsu sdg melepak)

Bilik KakLang & En Boss


Dapur- kat sini boleh memasak sbb disediakan dapur electrik

Pandangan dari ruang tamu ke bilik anak-anak

KakLang and famili berpuashati dengan bilik yang disediakan, sangat-sangat selesa bagi kami sekeluarga.  Selepas check-in dan membersihkan diri, kami dan seluruh keluarga boss yang turut serta, keluar makan...maklumlah dah lewat petang masih tak makan nasi, laporr wehh.  Kami ke Restoran Singgah Selalu, tak jauh dari hotel utk jamak makan tengahari dan makan malam.

Restoran Singgah Selalu




Wajah Kelaparan

Wajah gembira bila dapat makan (siput sedut tu...)

Yes, akhirnya kita bertemu jua wahai sang nasi....

KakLang, muka mintak nasi....




Balik dari makan, SIL ajak beli makanan ringan utk bekalan esok.  Lepas shopping ala kadar, kami balik bilik untuk berehat... esok agenda kami bermula awal pagi. 

Nanti kita sambung citer KakLang and famili ke Singapore yer.......


Tuesday, December 4, 2012

Selasa: 04/12/2012

Assalammualaikum...

Hari Selasa, masih lagi dengan mood nak lepak-lepak kat rumah jadinya masuk opis lepas lunch hour.  Lepas makan tengahari dan solat zohor baru gerak ke opis.  

Menu makan tengahari hari ni, Kaklang masak kari ikan bawal emas campur sayur bendi, sup tauhu lembut, telur dadar cili api berasap dan ayam goreng rempah.  Alhamdulillah, anak-anak makan tanpa sebarang komen.  

Sekarang ni teman setia kaklang kat rumah hanyalah Enche Lappy sebab Puan BBerry rosak.... uwaaa... frust sangat. Cam mane ntah boleh terlepas dari genggaman, jatuh berdentum atas simen porch sampai langsung tak keluar waima satu huruf pun.  Sekarang doktor achu, adinda bongsu kaklang tengah dok meneliti Puan BBerry kot-kot boleh diubati penyakit hilang ingatannya tu.

Nak handphone baru, nantilah tengah dok kumpul-kumpul duit sebab ada hajat nak cari yg lebih okay dari Puan BBerry... hihihi.  Kalau boss tahu sure kena sekeh kepala kaklang ni....

Monday, December 3, 2012

Salam....

Hari ni Sabtu, takde aktiviti langsung hari ni selain dari kemas rumah, masak dan melayan anak-anak.  Hujan kan, tak kemana lah kami jawabnya kami hari ni.... 

Tengahari tadi, kaklang masak simple2 jer.... gulai lemak cili api telur , goreng ikan talapia dan tumis cendawan.  Jadik ler, yang penting kenyang.  Pagi sebelum goreng meehoon untuk sarapan, kaklang sempat buat dadih.. dapatlah dalam 15 mangkuk kecil.  Lepas-lepas lunch sedap juga melayan dadih.  Nak tidor siang tak lalu lah pulak, mungkin sebab dah lama tak tidur siang.

Isnin - 03/12/2012

Assalammualaikum....

Isnin...hari pertama setiap minggu. Apa aktiviti anda hari ni?  Kaklang kena keje lah... (bunyi macam malas jer kan?)  Anak -anak pun kaklang heret sama masuk opis, dah namanya pun cuti kan.  Nasib keje kat opis sendiri kalau tak sure kena hambat ngan boss, budak-budak mana reti nak diam... ada jer aktiviti diorang nak buat... gamat opis ni.

Cuti sekolah kali ni, kaklang dan keluarga belum lagi kemana-mana... dok jalan-jalan sekitar KL ajer.  Ajak boss ke Jeram, saja jalan-jalan...tak mau pulak dia.  Dengar-dengar, waktu petang ada orang jual seafood yang segar dari laut tapi berangan jer lah kaklang nak kesana sebab boss tak minat nak kesana.

In sha Allah, dalam perancangan nak bawak anak-anak makan angin tengah bulan ni.  Anak-anak pun dah tak sabar-sabar nak kesana.  Maklumlah dah beberapa minggu cuti dok kat rumah jer, kecuali Angah dan Adik yang spent time kat rumah nenda selama seminggu.  Along dok naik basikal pusing-pusing kawasan taman perumahan sorang-sorang sebab tak de adik-adik nak di ajak bergaduh.

In Sha Allah, kalau jadi percutian kami ni, nanti kaklang cerita ceriti kat sini yer.   

Assalam...jumpa lagi....

Monday, November 19, 2012

Kejap ada, lama tak ada.....

Assalammualaikum...

Apa khabar  yer?  Kaklang ni kejap ada, lama tak de lah pulak kan....
Tak free tapi tak juga bz.... hari-hari dok melayan kerja kat opis, layan kerja2 kat rumah dan melayan putera puteri bertiga.  

Alhamdulillah, cuti sekolah dah mula, tiap minggu ada saja jemputan ke majlis kenduri kahwin.  Anak-anak berdua dah kaklang hantar kan ke rumah Nenda di Gombak.  Si Sulong jer yang tinggal.  Dari hari pertama cuti sekolah diorang dah sibuk minta kaklang hantarkan ke rumah Nenda, sayang benar diorang dengan Nenda.  

Sekarang kepala Kaklang tengah ligat berfikir, ke sekolah mana nak dihantarkan si puteri bongsu tahun depan.  Putera Tengah pun meminta-minta Kaklang hantarkan saja adinda dia ke sekolah yg sama.  Tapi Kaklang berhajat nak mencari yang lain pula.Cerewet kan Kaklang ni? Tapi demi pendidikan anak-anak, takpe kot kalau kita cerewet. 

Cuti panjang tahun ni, hasratnya nak melawat negara jiran.  Nak buat passport, kami ke Imigresen Shah Alam, masyaallah... ramainya umat manusia.  Hari pertama kami sampai dalam pukul 12 tghari, nombor giliran dah habis.  Kali kedua kami sampai pukul 9 pagi, dekat pukul 9.30 baru dpt nombor giliran, tengok-tengok ada lebih kurang 250 orang sebelum tiba giliran nombor kami, setelah mengeletar kaki berdiri berjam-jam dan si puteri bongsu siap duduk bersila atas lantai... akhirnya urusan kami selesai apabila jam hampir ke pukul 3.30 petang.  Esok kena datang lagi untuk collect passport.... ha... tunggu lagi dalam 2 jam baru settle semua.  Alhamdullillah selesai sudah urusan buat passport kami anak beranak.  Sekarang tunggu jer lah hari keberangkatan.  

Kalau di ikutkan banyak rancangan yang kaklang dah atur untuk cuti hujung tahun ni, insyaallah Kaklang akan cuba lakukan satu persatu... doakan semuanya berjalan lancar dan kaklang doakan juga anda-anda disana turut diberi kemudahan dalam apapun perancangan yang anda dah rencanakan.  Assalammualaikum...

Monday, October 15, 2012

Along oh Along

Salam...

Entri pendek jer....just nak berkongsi rasa gembira dalam hati.  Tahun ni, dalam Karnival Renang PPKI, SMKS9, anakanda kaklang, Along dapat tiga medal, satu emas, satu perak dan satu gangsa.  Wahhh.... dua tahun sekolah kat situ, dah 7 medal dalam aktiviti renang Along  dapat.  Boleh buat koleksi ni.

Along dan adik-adik......


Memang kaklang perasan Along sangat suka aktiviti air sejak dari kecil.  Kalau di bawak main air sama ada kat sungai atau kat kolam, memang selagi tak kecut jari kaki dan tangan dia takkan berenti.... Hajat nak hantar ke kelas renang tambahan tiap-tiap Sabtu tu lah.   Anak istimewa cam along ni memang kebiasaannya hantu air minat air.

Dari sibuk dok menghadap youtube, dengar lagu-lagu rock, pastu tu mengamuk bila di suruh berhenti baik dia pi berendam...sejukkan hati....

Wednesday, October 3, 2012

Ringkasan kisah bulan2 lepas....

Salam sayang....
Dah sangat lama rasanya kaklang tak update blog ni, nak kata kaklang sibuk tak juga .... tp tak de idea langsung yang datang... 

So...kali ni, kaklang nak borak perkara2 yang berlaku sepanjang pertapaan kaklang yakni dari sebelum raya sampailah ke hari ini,  kira cerita ringkas-ringkas ajer lah.

CUTI KE PD

Seminggu sebelum puasa, kaklang dan keluarga pergi bercuti... memandangkan boss dah penat sangat dengan kerja2 yang bertimbun di pejabat.  Kami sekeluarga bercuti di PD ajer.... apapun biar dekat asalkan dapat berjalan bersama suami dan anak2 dah cukup membahagiakan.  Kami menginap di Ancasa Resort & Spa..... sebab bukan musim cuti, suasana di resort tu sunyi ajer lah.  Anak2 pun bukan main seronok lagi mandi di pool, tak payah nak berebut2 sbb pool memang kosong, adalah satu dua famili dgn anak2 yang turut bercuti di sana.  Kaklang juga sempat memanjakan diri di spa kat situ, wah .....sedapnya rasa badan lepas di massage oleh cik adik dari Bali.  

Seblum balik, kami sempat singgah di Ostrich Farm melihat haiwan2 jinak yg ada di situ... anak2 seronok sgt melihat keldai yang peramah dan kambing2 yang manja... sambil bagi makanan kepada ostrich dan haiwan2 lain kat situ.  Otw balik kami sempat singgah di Senawang menikmati Nasi Arab Damsyik yang memang walla....sedap.  Tak rugi kami berpusing2 mencari restoran tu. (gambar-gambar yang kaklang ambil sebagai kenangan percutian ni habis kena delete dengan enche along....uwaaa, nak marah pun tak guna, takkan menjelma balik gambar-gambar tu)

Hari Raya AidilFitri

Raya tahun ni, giliran beraya di rumah keluarga kaklang.... terpancar kegembiraan di wajah tua mak, bila raya tahun ni rumah mak meriah dengan kehadiran anak menantu dan cucu2 mak yang ramai.  Hanya  keluarga Abang Ngah dan adik kaklang, Uda sekeluarga saja yang takde, beraya di kampung mentua msg2.  Pagi raya, riuh rendah rumah mak dengan suara cucu2 bermain... cucu mak ramai hampir 20 orang, anak yang dah kawin 7 orang, yang balik  beraya lima keluarga..... wahhh seronok sgt.  Lepas solat raya dan menziarahi pusara arwah abah, kami ramai2 balik kampung menziarahi pakcik2 dan makcik2 di sana.  Lama dah tak balik kampung, rasa sayu lihat MakNgah yang dah uzur... jumpa sepupu2 yang dah memutih uban di kepala.  

Petang raya kedua kaklang dan keluarga, jalan jauh...balik kampung boss di Kelantan.  Beberapa hari di sana, kami sempat menghadiri majlis kahwin anak kepada sepupu boss.  Menziarahi saudara mara di sana.  Tapi hasrat kaklang nak ke Pengkalan Kubor tak kesampaian, Kota Bharu penuh sesak, jammed di sana sini..... 

Kami kembali ke Shah Alam selepas beberapa hari beraya di sana dan kehidupan kembali seperti biasa.  Anak2 ke sekolah, kaklang dan boss kembali bekerja seperti biasa.

Kehidupan di teruskan..... macam biasa....agaknya sebab tulah takde benda yang nak kaklang cerita....

OKlah, jumpa lagi lain kali.......

Wednesday, June 27, 2012

Hari Terbuka SMKS9

Salam... 

Hari ni, lepas hantar angah ke sekolah, kaklang dan boss terus ke sekolah along.... Hari ni hari terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9.  Parents datang untuk menatap keputusan peperiksaan pertengahan tahun anakanda masing-masing.  Sebab parking dalam kawasan sekolah dah penuh, jadinya kaklang dengan along ajer lah yang turun untuk berjumpa dengan guru kelas along.  boss dan puteri bongsu kaklang tunggu dalam kereta... blok kereta orang kan, tak mau lah nanti jadi penghalang orang nak keluar.... sambil-sambil nak keluar dari kereta tu, kaklang pandang belakang, amboiiii...... puteri bongsu, seronok sungguh beradu yer?  Tiap kali hantar ke sekolah mesti sambung tidur.... 

Kali ini, alhamdulillah... ada peningkatan dalam keputusan peperiksaan along.  Bahasa Malaysia yang along gagal dalam peperiksaan akhir tahun 2011, untuk pertengahan tahun ni, along dapat A. Yang buat kaklang terkilan, B. Inggeris....tahun lepas along score A tapi exam kali ni, keputusan along TH (tak hadir ler tu). Hahaa, tulah selalu sangat tak mau ke sekolah. Walau bagaimana pun melihat pada keputusan peperiksaan along yang ada peningkatan tahun ni, dah cukup buat kaklang gembira.  

Cikgu kelas along, mengajar subjek Agama Islam, Cikgu Wan.  Ikut pada kata Cikgu Wan, dia seronok mengajar along subjek Agama Islam sebab along ada pengetahuan tentang asas agama.  Tentang solat, bacaan solat dan along banyak menghafal surah-surah lazim.  Dan along juga hampir hafal Surah Yassin.... tapi tu lah kekurangan along adalah sebutannya yang tak lancar.   Insyaallah, mungkin dengan izin-Nya satu hari nanti along akan lancar dalam pertuturannya.  Kaklang sentiasa positif dalam perkara ini, walaupun along seorang Autisme, dan masalah pertuturan adalah antara ciri utama anak-anak Autisme... pada kaklang, kalau Allah izinkan tak ada perkara yang mustahil....

Kalaulah ada ustaz-ustaz yang sudi membimbing along untuk menghafal Quran.... mana tahukan, along boleh menjadi seorang Al-Hafiz....

Thursday, June 21, 2012

Latest family member.....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... bagi yg berpuasa dah tentu waktu ini sedang berbuka atau mungkin setelah meneguk air terus melaksanakan ibadah wajib iaitu solat maghrib terlebih dahulu sebelum menerus misi berbuka.  Mungkin juga ada yang masih berada di atas sejadah membaca surah Yassin setelah selesai solat.  Alhamdulillah.....


Semalam, lebih kurang pukul 8.20 pagi...kaklang dapat berita telah selamat dilahirkan seorang lagi ahli baru dalam keluarga kami.... Adik ipar kaklang, yang mesra dengan panggilan Zura telah selamat melahirkan seorang anak perempuan yang comel... nama yang serupa dengan nama seorang artis yang tengah meletoppss di negara kita.... Nur Neelofa.....walaweh, artis tu....  OK... uols boleh lihat betapa tembam nya ppipi yang gebus tu.... SELAMAT DATANG KE DUNIA KEHIDUPAN NUR NEELOFA, MOGA MENJADI ANAK YANG SOLEHAH, insyaallah.... peluk cium dari maklang & famili di setia alam... insyaallah nanti kita berjumpa siaplah pipi tembam tu kena gomol....

Monday, June 18, 2012

Makan-Makan

Salam... Hari ni kaklang nak celoteh pasal tempat makan yang mungkin boleh anda kunjungi jika anda ke Shah Alam.  Semuanya di sekitar opis kaklang jer....

Kat Seksyen 10 ni, ada 4 buah restoran yg menghidangkan makanan yang boleh tahan sedapnya.  Dan kebanyakannya menyajikan hidangan ala kampung.

Restoran pertama yang kaklang nak cerita namanya Restoran Azira, restoran ni pernah keluar dalam rancangan JJCM awal tahun ni.  Setiap hari, kaklang perhatikan cukup ramai orang datang untuk yang menjamu selera di kedai tersebut.  Untuk sarapan ada sajian biasa seperti nasi lemak, mee hon goreng, mee goreng, mee kari, berbagai jenis bubur (spt, bubur jagung, bubur kacang hijau, bubur nasi biasa @ berdaging) dan yang selalu di cari2 oleh ramai orang ialah lempengnya, ada lempeng ubi, lempeng pisang dan lempeng kelapa... sedap bila dicicah kuah kari atau sambal...yummy.  Tengahari pula, ada nasi campur dengan pelbagai jenis lauk pauk yang bisa membuat ada pening untuk memilih.... ada juga nasi beriani dengan pilihan beriani ayam atau kambing, bakso, laksa singapura dan macam-macam lagi. 

Di blok belakang pula, ada Restoran Pak Mal yang telah lama femes dengan sajian nasi ayamnya.  Terdapat juga pilihan nasi kukus ayam berempah dan menu lain yang boleh di pilih.  Jus buah-buahannya juga sgt banyak dan sedap.  Di blok yang sama juga, terletaknya Restoran Hartini yang byk menyediakan hidangan ala-ala pantai timur gitu.... ada juga laksam utk sarapan... untuk juadah makan tengahari, lauk pauk ala-ala kampung tersedia untuk dipilih mengikut selera masing-masing.  

Dan Restoran terbaru di sini ialah Restoran Hot Pindang Kitchen..... haa..yang ni paling dekat dengan kaklang, sebab turun tangga opis jer dah sampai... Restoran ni popular dengan masak pindang dan masak asam pedas nya.   Memang secukup rasa, dan yang selalu menjadi pilihan kaklang untuk makan tengahari adalah nasi dengan masak lemak cili api daging yg dihidangkan sekali dengan telur masin, ikan masin dan timun sebagai ulaman. 

Kalau nak makan sarapan ubi kayu rebus cicah sambal, jemput-jemput lah ke Kafe Restu di Kompleks Taman Kesenian Islam, kat Seksyen 10 juga... bersebelahan dengan Masjid Negeri.  Walaupun tidak banyak pilihan, tetapi makanan kat situ sedap-sedap....pada selera kaklang lah.  Ada nasi ulam kaler biru, sekali sekala ada laksam, nasi himpit kuah kacang, soto, nasi lemak... dll.  Makan di sini agak menjimatkan bagi kaklang, rasanya murah sikit kot berbanding sarapan di tempat lain.  Setiap hari jumaat pula ada dijual nasi beriani kambing @ ayam... yang sgt2 mencabar selera.... sbb sgt sedap dan biasanya pukul 12 tengahari nasi beriani tu dah tinggal kerak jer.   

Sooo.... apa lg jemput2 lah datang ke Seksyen 10, sambil menjamu selera di restoran2 yang kaklang ceritakan.... rasanya tak rugi anda makan disini sbb keenakkan dan kepelbagaian juadah yang di jual......  Kaklang just nak bagi idea untuk anda-anda dalam memilih tempat untuk makan dan sambil tu promosi percuma untuk restoran2 kat sini....

Friday, June 1, 2012

Lama tak jumpa....

Salam Jumaat...walaupun dah malam dan boleh dikira malam sabtu dah.... opppsss kejap... ada lipas lalu...
blog dah bersawang, lama sangat kena tinggalkan.. nak kata kaklang busy tak jugak, yang pasti kaklang kering idea, tak tau nak merapu apa.

Tak de perkara yang menarik berlaku sepanjang kaklang mendiamkan diri... semua berjalan seperti biasa. Pada 25/05 yang lepas kaklang dan famili buat makan2 sikit (kami anak beranak jer) sempena hari lahir putri bongsu kaklang, cik airin yang ke 6 tahun.  Petang sebelum tu, kami ke Kampung Bukit Kerayong, Meru...daftarkan anak kedua kaklang, angah... untuk Kem Remaja Islam sempena cuti sekolah ni.  Masa isi borang, angah bisik kat kaklang, dia tak nak join kem tu, sbb tak biasa kot.  Bila dia tengok jer kaklang tak bagi response dan terus jugak isi borang pendaftaran... terus meleleh air mata dia... kaklang tumpang sayu tapi buat-buat kuat, sedaya upaya buat muka selamba sambil terus tulis cek untuk bayaran pendaftaran.  Kem Remaja tu di anjurkan oleh Ma'had Tahfiz, memang itulah kali pertama kami sampai ke situ... Kem selama seminggu, alahai anak omak, kalau angah sedih, mama lagi lah sedih, tapi mama buat untuk kebaikan angah jugak.  Kalau angah tak masuk kem ni, mama yakin sangat, cuti 2 minggu ni akan berlalu sia-sia..... Angah akan menghadap tv dari pagi sampai petang...

Lepas mendaftar, kami singgah ke Giant beli jajan untuk makan-makan malam tu.  Beli KFC dan cake tiramitsu dari secret recipe... makan lah puas-puas angah, sebab mulai hari ahad, angah akan berkampung kat Ma'had tu selama seminggu.  Hari ahad, kami hantar angah dari rumah nenda di Gombak ke Ma'had di Meru.  Sepanjang jalan angah senyap jer... mungkin rungsing fikirkan keadaan di kem tu.... Masa tinggalkan angah, mama dapat lihat muka angah sedih, mama pun sedih... tapi ini lah namanya pengorbanan, angah... berkorban untuk menimba ilmu... moga segala yang akan perolehi di kem tu nanti akan dapat angah gunakan untuk menempuh masa depan angah, insyaallah.  Malam tu, kami ke sana lagi, hantarkan selimut, bantal dan dua pasang baju melayu untuk angah, abah jer yang turun sebab dah tengah malam... abah kata angah dah tidur.  Malam tu mama mimpi, angah tidur pakai baju melayu maroon yang mama kirim kan.  Hari ni dah jumaat, maknanya lagi dua hari kita akan bersama semula, mama harap segala-galanya berjalan lancar buat angah disana.  Rindu mama pada angah tak boleh nak di cakapkan, rindu sangat-sangat.  Tapi angah kan anak lelaki, belajar lah berdikari dan jadilah anak yang kuat.  Mama dan Abah akan sentiasa ada dibelakang angah, bantu angah semampu kami...

Monday, April 23, 2012

c&p






Pesanan isteri ‘Auf bin Muslim Ashaibani kepada puterinya yang bakal  berkahwin dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan panduan bagi orang yang menggunakan akal. 

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk wanita.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. 

Kerana itu, jadilah 'hamba' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'hamba' lelaki bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia. Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu:

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang tidak cantik daripadamu dan jangan sampai dia mencium bau yang busuk daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu mengengkari perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan selamat daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia berseronok. 

Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan kehendaknya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kegembiraannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang tidak kamu senangi dan Allah pasti memberkatimu.”

(Kitab al-Bayan wa'l-Tabyin oleh al-Jahiz)

Tanjong Piai, Johor DarulTakzim

Salam Isnin...moga-moga semuanya ceria....

Lama kaklang tak berentri... asyik dok berblog walking ke blog2 orang lain jer, blog sendiri tak terupdate kan.

Kali ni kaklang nak cerita pengalaman kaklang dan keluarga berjalan-jalan ke Tanjong Piai di Johor....sebenarnya kaklang baru beberapa kali ke Johor dan lawatan ni dah lama dah, kaklang pun tak ingat bila?... kalau tak silap hujung tahun 2010 rasanya.
Kami sebenarnya tak pernah menginap di resort atas laut so ini kira first time ler dok resort yang macam tu.  Bilik famili ada 4 single bed.... dengan kemudahan yang paling minima.  Tapi kaklang jenis tak kisah as long tak perlu nak berhimpit-himpit reramai dalam satu bilik kira dah ok ler tu.  

Kat sini ada jetty yang menganjur sedikit ke tengah.... dan pemandangan juga sangat cantik... sepanjang masa kita dapat menyaksikan kapal-kapal besar berlabuh nun jauh di tengah laut.... (tanjung piai kira tempat parking kapal ler).  Dari anjung resort, kita boleh lihat pulau Singapura.....bila berdiri di tepi jetty, kita akan dapat melihat kelibat banyak ikan-ikan yang kaklang tak tahu nama berenang-renang bebas.... anak-anak kaklang panggil ikan torchlight sebab di belakang ikan itu seperti bercahaya.  Patutlah waktu petang ramai orang di sekitar kawasan resort ni datang untuk memancing.... rupanya kawasan ini kaya dengan khazanah ikannya.  Tiap hari kita akan dapat menyaksikan nelayan menaiki bot kelautan samada untuk kelaut atau pulang setelah mendapat hasil. 

Jetty tempat melepak meng

Nelayan pulang petang....setelah seharian mencari rezeki di tengah lautan

Sebahagian dari resort Tanjung Piai


Berdekatan dengan resort juga ada menara kawalan.... apa ntah ke namanya... tapi ia untuk mengawal lalulintas di selat tersebut yang sentiasa sibuk dan sesak dengan kapal-kapal dagang yang besar.  Utk makluman anda semua... di sinilah pertemuan dua selat iaitu Selat Johor dan Selat Melaka....dan disini jugalah terletaknya penghujung benua asia....

Kesian...time ni ler pulak chicken pox nak keluar.....

Rehat sementara menunggu makan malam...
Kami juga singgah sebentar ke Kukup Golf and Country Resort untuk menghadiri majlis makan malam.... sempat lah kami merehatkan diri di bilik yang disediakan sebelum majlis bermula..... Selepas makan, kaklang hanya berehat di lobi sementara menunggu majlis berakhir kerana melayani kerenah cik airin yang tak sihat....badannya dah mula ditumbuhi bintik-bintik... alamak dah berjangkit chicken pox dari encik abang-abang ler pulak......(angah dan along dah kena chicken pox, diorang baru jer sembuh masa kami ke sini...)
Keesokkan harinya...bintik-bintik di badan cik airin makin banyak, nasib ler hari ini hari terakhir kami disini dan petangnya kami akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur...tetapi sebelum itu...kami masih juga sempat berjalan ke hutan simpan tanjung piai melihat-lihat hidupan paya dan tumbuhan bakau yang hidup subur di sepanjang laluan yang dibina... sampai di hujung ada dua hala yang berbeza... ke kanan adalah untuk ke penghujung benua asia dan ke kiri untuk ke jetty memancing... Kami mengambil keputusan untuk ke kanan dahulu dan menikmati hembusan angin yang kencang di dataran penghujung benua asia sebelum bergerak ke haluan bertentangan untuk ke jetty memancing.... Sepanjang perjalanan ke jetty tersebut, kaklang dapat melihat pemandangan yang pada kaklang sangat mengagumkan . . . cantik sungguh hutan paya bakau ni.... Pemandangan di jetty memancing juga sangat menarik.... dari situ kita boleh melihat Pulau Kerimon, Indonesia, sayup-sayup dari kejauhan. 
Jalan-jalan kali ini ke Tanjong Piai memang meninggalkan kenangan manis dan pengalaman yang indah untuk kaklang dan keluarga...

Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah untuk makan malam di batu pahat dan menikmati masakan yang dinamakan bungkusan seafood yang pada kaklang sangat sedap.... bye bye Tanjung Piai, tak tahulah bila kita akan ketemu lagi.....

Monday, April 9, 2012

Salam .... Apa khabar? Seperti mana yang tertulis di atas tuuu..... kaklang sematkan dalam diri kaklang, bahawa kaklang tak mahu peduli dengan apa kata orang.... lantak depa lah nak kata apa... ada aku kisah...

Kalau ada yang kata kaklang teruk, ada sepuluh orang di belakang kaklang yang kata kaklang baik (chewah!!!) Lebih baik kaklang jaga pandangan Allah pada kaklang daripada dok sibuk jaga pandangan manusia terhadap kaklang.... sebab manusia ni hati ada yang putih, ada yang kelabu, ada yang hitam....

Friday, April 6, 2012

no. 1 - 06/04/2012

Salam Jumaat.. saudara seislam....


Proud to be Muslim wrote:


Who relies on his money, his money will be in a small quantity.
Who relies on is mind, he will be lost.
Who relies on his honor, or his power, he will be humiliated.
Who relies on Allah, he will never be poor, never be lost and never be humiliated.
Really we are completely worthless without Allah

(ali ibn abu talib r.a)

Wednesday, April 4, 2012

No. 5 - 04/04/2012

Renungan bersama...

"Jika dengan kematian kami dapat melihat wajahMU, matikanlah kami supaya terhindar kami dari fitnah dunia. 

Jika dengan kematian kami tercampak ke nerakaMU, panjangkanlah hidup kami supaya dapat kami perbanyakkan taubat kepadaMU..."

Tuesday, April 3, 2012

no. 4 - 04/04/2012



I'll love my husband till i die.... Dia lah imam ku walaupun aku terkadang menjadi makmum yang lalai....bimbinglah aku menuju kejalan yang diredhai... pimpin tangan ku melalui titian sirat agar langkah kita seiring menuju ke Jannah....