Churp Churp

TOLONG CLICK!!!

Tuesday, October 22, 2013

Kesimpulannya......

Assalammualaikum....

Alolo... kemana jer lah k.lang menghilangkan.
Lama sungguh blog ni sepi...
Walaupun sebenarnya, k.lang tetap di sini...tak kemana2 pun..
Apa cerita?
Kesimpulan bagi bulan2 yang sunyi di blog k.lang ni adalah;

Pertama,
Raya AidilAdha aritu, k.lang beraya di kampung enche sebab enche buat korban tahun ni.
Huh...melambong naik harga satu bahagian lembu, klu tahun lepas tak sampai rm400,
tahun ni... terus naik rm450.

Suasana raya, cam biasa jer...
ke sana sehari seblm raya, ikut Terengganu
dan balik pada raya kedua....ikut Gua Musang
Balik...cam biasalah...bekalan buah yang dipetik sendiri oleh enche
Cili api mak mentua, seplastik k.lang petik...
Bukan tak boleh beli, tapi geram tengok cili gemuk2 kat pokok tu...
Ada juga bawak balik ketupat palas...

Yang membuatkan hati k.lang berbunga-bunga anak bujang kedua, Si Putera Tengah k.lang cuti seminggu.
Rindu wehhh.....anak kan,
baru 12 tahun.... dah berjauhan..
Tapi hati k.lang harus tabah, anak bukan kemana...
Berpisah demi mencari ilmu...

Baru jer hantar dia balik ke Madrasahnya ari ahad baru ni...
Insha Allah, ada jodoh 2 minggu lagi kita jumpa yer...

Kedua,
Balik sini, sempat singgah rumah nenek Gombak
Anak-anak happy jer...
Tambah nenek ikut jer apa kehendak cucu
Rendang sedap mak ada lagi, k.lang pun bersantaplah tak sedar diri...
Sedap wey....klu tak takkanlah officemates adik k.lang dok minta2
K.lang try masak macam mak buat...tak jadiii....
Ada lari sikit rasanya.....kick tu tak ade...

Ketiga,
Si Puteri Bongsu..
Isnin...sambung periksa
Yang tergendala dek cuti raya...
Mama: Hari ni periksa macam mana?
Adik: Okay jer..
Ok..kita tengok keputusannya...lagi seminggu dua...

Keempat,
Along, Si Putera Sulong,
Anak istimewa, bukan semua orang ada
K.lang dipilih pegang amanah ni...
Walaupun berat, insha allah ikhlas menerima.

Baru lepas berKarnival Renang...
Alhamdulillah dapatlah 2 pingat...
Satu emas dan satu gangsa...
Mama: Along ada menang tak? Dapat hadiah?
Along: Ada, ada dua...
Mama: Wah..bagusnya
Along.....sengih tanda suka...

Sekarang ni dah masuk musim sibuk enche, kerja masuk laju....
Berbaris nak di siapkan....
Kesian...nak membantu tak berdaya...
Kerja dengan nombor bukan yang k.lang suka.
Maaf yer, kira mengira slow macam kura-kura
Nak nescafe kawkaw satu, anytime k.lang sedia

Oklah, sayang2 semua.
Kita jumpa lagi
Saling berdoa moga,
Allah berikan kita kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki hendaknya..
Ameen....







Thursday, April 18, 2013

Ceritera 18.04.2013 (kala lama tak bersua)

Assalam....

Lama nyer kaklang tak menjengok kat sini.
Rasa macam tak terkejar nak buat semua benda.
Rumah kaklang dah macam tongkang pecah.
Bersepah..... kain dah kering, seminggu baru berlipat.
Rumah pun macam tu, seminggu sekali baru bersapu.

Keluar rumah pagi, waktu matahari baru nak memancar.
Baliknya malam, time burung pungguk dok merenung bulan.
Sebab tu lah blog ni bersawang.

Kaklang, alhamdulillah sihat.
Encik boss pun sihat, tp keje tengah banyak.
Along macam tu jugak, kadang2 mood ok kadang2 tidak.
Angah baru ajer di jengok ahad lepas.
Alhamdulillah, nampak selesa kat tempat baru.
Dapat Muallim pun, jenis sayang budak.
Masa belajar tegas, jangan tidak-tidak.
Biarlah Angah kat sana, belajar agama
Madrasah di kawasan desa, tempat timba pengalaman
Belajar lah berdikari, doa mama sentiasa mengiringi.
Adik sentiasa ceria, tahun satu bawa bahagia
Jumpa dengan teman2 lama
Satu tadika kala umurnya lima

Sampai sini saja lah dulu yer, 
Nanti2 kita sambung cerita,
Saling kita berdoa moga sihat sejahtera
Dilimpahi rahmat juga bahagia......

Thursday, February 7, 2013

Alonggggg......

Assalammualaikum.....

Sajer nak share keceriaan....
Along tambah satu lagi koleksi pingat.
Dia dapat tempat ketiga untuk acara larian sekolah kategori pelajar khas.
Chaiyook....chaiyoook....

Alhamdulillah...walau tak sempurna seperti orang lain, dia tetap ada keistimewaan.
Dalam geram-geram melayan kerenah dia, dia tetap menceriakan.

luv u......  

Wednesday, January 16, 2013

Kaklang Rindu.....

Assalammualaikum...

Ape khabar?  Lama kaklang tak bersiaran kan?  

Tahun baru, sibuk uruskan persekolahan anak-anak.  

Putera Sulong masih di PPKI SMKS9.  Klu ikut tingkatan dah tingkatan 3.  Tapi anugerah Allah ni...istimewa.  Tak perlu ambil apa-apa peperiksaan besar pun.... 

Putera Tengah tahun ni kalau ikutkan masuk darjah 6, tapi tahun ni kaklang hantar dia ke Maahad Tahfiz, In Sha Allah... selesai di Maahad, Angah akan sambung persekolahan di sekolah lama untuk ambil SPM.  Agama didahulukan dan diutamakan dunia adalah keperluan.  

Puteri Bongsu, dah masuk darjah satu tahun ni, kaklang hantar ke sekolah lama Putera Tengah.  Raisah@Guru Besar dan kawan-kawan sekelas Putera Tengah dok bertanya pada Puteri Bongsu perihal ketiadaan Putera Tengah di sekolah untuk tahun ni.

Putera Tengah lah yang menyebabkan kaklang kerinduan.......

Tiap minggu, tiba jer hari Ahad kaklang sekeluarga akan ke Melaka melawat Putera Tengah, rindunya kaklang pada anak ni tak terkata.  Rindu sangat..... terasa ada kesunyian di dalam hidup kaklang bila berjauhan dengan seorang anak, tapi kaklang pujuk hati agar kuat dan tabah, perpisahan sementara ni adalah untuk kebaikan anak.  Moga Allah rahmati dan terangi hati anak ini dalam usahanya untuk menjadi seorang Al-Hafiz.....In Sha Allah.