Churp Churp

TOLONG CLICK!!!

Thursday, October 27, 2011

Dinner Time

Salam... 

Pekabar arini?? Entry kali ni kaklang tak mau cerita byk lah... badan tak berapa sihat rasanya..Just nak paparkan apa dinner kami malam tadi....



PRAWN MEE...

NASI LEMAK AYAM RENDANG

KOPI "O" KAW KAW

CHICKEN CHOP WITH RICE

HAINAN CHICKEN CHOP WITH FRIES

BUDAK KECIK MAKAN TAK HABIS....

SIGNATURE DRINK KAT SINI... WHITE COFFEE...walawehh
Nak tau kat mana kami dinner malam tadi.... kat PakLi Kopitiam, wahhh... puas hati lah makan kat situ.  Kalau ikut selera kaklang makan kat Pak Li Kopitiam nih lagi sedap dari makan kat Old Time White Coffee... Jangan kecik hati yer OTWC, walaupun kaklang kata begitu tp selalu jugak kaklang and famili melawat kamu...

Tuesday, October 18, 2011

CHAIYOOK TO ALONG

Pagi ni.. kami memulakan perjalanan dari Gombak. 
Setelah menghantar angah ke sekolah dan adik ke kindy. 
Kaklang dan boss terus ke Pusat Akuatik MBSA dekat bulatan kayangan Shah Alam.  
Hari ni ada Karnival Renang PPKI SMK Seksyen 9.  
Tak ramai ibu bapa yang hadir... bila kaklang kira-kira adalah dalam 5-6 orang jer parents yg datang.  
Kaklang dan boss hadir untuk memberi sokongan moral buat Along walaupun banyak acara yg Along sertai telah diadakan pada kelas renang minggu lepas.  

Seronok sungguh melihat bermacam-macam keletah dan kerenah anak-anak istimewa nih.  Ada yang takut-takut pada mulanya nak turun ke dalam kolam tapi bila dah masuk tak mau pulak dia keluar.  
Ada yang menangis-nangis di tengah kolam... gayat kot. 
Ada beberapa acara sukaneka diadakan dengan bimbingan dari coach2 dari team supershark.

Hari ni prestasi Along cukup membanggakan... Along dapat 3 pingat emas dan 1 gangsa... waaa... terer rupanyer anak mama ni.  
Cikgu menggalakkan Along mengikuti kelas renang tambahan setiap hari Sabtu sebab Along sangat berminat dengan aktiviti renang ni. 
 Insyaallah... kaklang akan usahakan supaya Along dapat joint kelas tu....

C&P

Hari ni kaklang nak share ngan ouls email yg kaklang terima dari seorang sahabat kaklang, yg selalu menforwardkan kpd kaklang email yang berunsurkan nasihat dan peringatan.  Thousands Millions Thank to my dearest friend... Ismid...seorang sahabat yg baik. 

Bacalah dan terimalah hakikat... selama ini cara kita berpakaian adakah yang sebetul-betulnya seperti yang dituntut oleh agama, sebab kaklang share kan email ni adalah untuk dijadikan pedoman oleh kaklang sendiri dan anda-anda semua... bg lelaki, nasihati lah wanita yang terdekat dgn anda i.e isteri, adik, kakak dan saudara mara perempuan.  Lihat... jika mereka telah bertudung, adakah tudung dan baju mereka telah dilabuhkan???.  Bagaimana pula dengan pakaian mereka walaupun mereka berbaju kurung@kebaya adakah baju mereka itu  longgar atau mengikut bentuk badan??? Jangan biarkan mereka dipandang murah oleh org yang memandang...
So uols...bacalah yerk!!!!

ERTI NILAI TUDUNG PADA WANITA ISLAM

Apabila wanita muslim menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Monday, October 17, 2011

ALONG OH... ALONG

Hari ni.... di pagi Isnin yang indah, waktu orang lain bersemangat nak memulakan minggu yang baru, si Along pulak buat perangai.  Dia dah bangun awal-awal pagi, pi mandi, bersiap pakai baju sekolah dia, nampak macam beria-ria sangat nak kesekolah.  On the way to school, kaklang heran gak... baik nye along arini, senyap jer.  Kalau tak mulut dia pokpek pokpek.. tak berenti-henti bercakap. Sampai jer kat sekolah, macam biasa sebelum dia turun dari kereta untuk ke kelas, kaklang akan hulurkan tangan untuk disalam oleh Along tapi arini ni huluran tangan kaklang tu tak bersambut.  Along dok diam jer kat belakang, "mama, sakit perutlah". Aihh... apa hal lak tiba-tiba sakit perut, tadi breakfast, selamba jer.. punyalah semangat. Adik-adik belum sarapan dia dah sarapan dulu.  Kaklang pun OK jerlah, jomlah ikut masuk pejabat kot yer si Along sakit perut kang susah pulak.  Lepas hantar angah ngan adik, kami berenti sarapan kat Pelita.... wahhhhh, bukan main si Along makan roti telur, siap membebel-bebel lagi mulut dia...

OOOOhhhhhh...... dah pandai buat sandiwara rupanya anak kaklang yang sorang ni, kalau malas nak pi sekolah cakap jerlah... elok jer masuk office dia terus menghadap komputer sampailah sekarang waktu kaklang masukkan entri ni dia masih belum berenti lagi dari menghadap komputer tu... SABAR jelah dengan anak sorang ni...

Hujung Minggu

Hari Sabtu.... hari menyopping tanpa beg. Ahhh..... kaklang ngan hubby beli lagi dua beg shopping, gara-gara lupa bawak beg waktu nak membeli barang keperluan rumah.  

Membazir.... dah berapa helai beg shopping tu tergantung kat grill dapur, kalau tak silap kaklang dah ada 6-7 beg dah.  Hari ni... like shopping spree yang lepas-lepas... kami beli lamb, sure hubby suh kaklang grill lagi lah tu.  Feberet dia dan anak-anak dan kaklang juger...... lamb ni, pada kaklang ngan hubby lagi sedap dari mutton, bukan sebab lamb banyak lemak tp sebab daging dia lagi lembut dari mutton dan satu lagi bau dia kurang sikit tengik/hamis, so mencucinya tak lah lama sangat.  Perap sekejap ngan black pepper, pinch of salt dah leh grill... sedapnya..... kalau  nak tahu, masak lah sendiri.

Nanti-nantilah... kaklang masukkan entri aktiviti memasak kaklang, sekarang ni macam tak sempat jer, (macamlah busy sangat).


Friday, October 14, 2011

C&P

Allah swt Tuhan yang Mencipta manusia dengan segala kemajmukannya. Majmuknya manusia di atas muka bumi ini bukan berlaku secara secara silap mata atau magik sihir, tetapi ia adalah hasil ciptaan Allah Tuhan yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijak. Sehingga hari ini, tiada siapa yang berani menafikan fakta bahawa Allah yang mencipta manusia samada manusia itu berkulit putih atau berkulit hitam. Samada manusia itu berbangsa Arab atau bukan Arab seperti Melayu, Cina dan India. Lihat pengakuan Allah swt yang tidak pernah dinafi oleh sesiapa di dalam surah al Hujurat ayat 13 :


يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ


"Maksudnya : Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menjadikan kamu terdiri dari lelaki dan perempuan dan kami telah jadikan kamu berbilang - bilang bangsa dan puak supaya saling kenal - mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Sesungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya."


diambil dari harakahdaily

Thursday, October 13, 2011

"MMMM"

TUPAI-TUPAI


Mak aih.. sehari dua ni asyik tidoq lambat jer.  Sepanjang siang kaklang jadi mamai.  Nasib lah dah beberapa hari ni tak perlu memasak.  Hari selasa makan malam kat Paparich... makan mee kari dia, rasanya OK lah tapi portion dia banyak... leh buat makan 2 orang.  

Hari Rabu dinner kat Tupai-tupai seksyen 13, yg sebelah kondo Sri Acapella tu.. pun boleh lah, tapi tak membuat kaklang ada perasaan nak datang lagi. Masa makan-makan tu kaklang terperasaan Ziana Zain ngan anak-anak dia pun makan kat situ gak tp disebabkan kaklang ni jenis tak herankan artis-artis ni so kaklang pandang dari jauh jer lah.  Kami sekeluarga makan dengan staff H&A... Emy dan Fahmi.  Kaklang makan lambchop with blackpepper gravy, lamb dia tak begitu lembut... orang yang pakai gigi palsu tak di galakkan untuk memilih menu ni (kok tanggal pulak gigi tu nanti).

LAMB CHOP
BUBUR DAGING santapan adik dan angah...

Along makan nasi goreng kampung yang warna dia... alahai hitam, macam terlebih curah kicap pun ada gak.  Angah ngan adik makan bubur daging, serve ngan ikan bilis dan ikan masin.  En Hubby makan grilled chicken ... nampak dia makan cam sedap jer, tak der comment pun.  

Fahmi makan chicken chop dan di pau oleh along kemudiannya... dah Emy ngan mee claypotnye.  Last night makan kat kedai mamak jer... kat Rafi Bistro, also at Seksyen 13. Makan chinese cuisine tapi dimasak oleh encik mamak... ok juga, tak lah sedap mana tp boleh diterima oleh perut kaklang.  Bila kaklang fikir2 balik... minggu ni memang tak de tmpat lain yg kitorg tuju time dinner.... tiap-tiap hari ke seksyen 13, tinggal lagi tempat makan jer yang berlainan.  Dalam tiga-tiga tempat yang kitorang pergi tu, kaklang rasa sedap lagi makan kat Pak Li Kopitiam kat Giant, Klang Sentral.  Dan kalau nak makan lagi sedap of course lah yang kaklang masak sendiri (sedap ker???... tak kisah org nak kata apa tapi pada kaklang sedap jer... kalau kaklang masak sendiri) .  

Hari ni tak tau lagi makan kat mana, kalau balik awal, kaklang masak kat rumah jer... tp kalau dah malam baru smpai rumah alamatnya kena fikirkan tempat lain lah pulak untuk dinner nanti.... kena pi tempat yang ok sikit sebab breakfast hanya dengan roti dan lunch makan maggie...(kes malas nak tapau...).  Ada tiga kedai makan kat sini, makanan dia ok tapi sbb dah hari2 dok makan benda yang sama boring ler pulak.  Lagipun waktu pagi ngan lunch, mak ooii... penuh.  Minggu depan dah set ngan Emy nak makan kat Subway dan mencuci mulut kat Tutti Frutti... hehehe... nilah untungnye opis dekat dengan shopping centre ni...lepas makan nnti leh lah menyoping kat kedai tudung yang baru bukak tu... (ada beberapa hari untuk simpan duit tuk shopping-shopping minggu depan)

Thursday, October 6, 2011

MENINJAU KE BLOG LAIN

Assalam....

kerana hari ni kaklang agak free, keje tak byk dan yg lebihnya boss satu hari takde kat opis so kaklang menjelajah ke beberapa blog masakan.  

Hobi kaklang memang meninjau blog masakan.  Suka sangat tengok diorang memasak berbagai resepi yang mengecurkan air liur.  Kreatif sungguh mereka... kaklang terfikir nak masukkan entri masakan kat blog kaklang ni.. tp bukan bermaksud nak mengubah blog kaklang ni menjadi blog masakan 100 peratus... sikit2 jer, kot-kot kaklang terajin mengambil gambar masakan kaklang yang tak seberapa tu... leh lah kaklang kongsikan kat blog ni.  Tapi kaklang akan tetap maintainkan blog kaklang ni menjadi blog yang serba ada... ada cerita, pengalaman, nasihat, kata-kata berhikmah dan sebagainya.  So.. nantik-nantikan lah yer... (tak tahu bila akan bermula) masakan2 yang sodap hinggo menjilat jari dari kaklang untuk dear readers sumer... (cam ramai jer reader kan.. takpe perasan sendiri).  Yang paling penting, dengan menulis entri2 diblog ni, kaklang ada lah benda nak dibuat selain dari kerja2 umah dan opis.  Hehehe... ini lah hobiku.

Tuesday, October 4, 2011

MY KIDDOS

Kadang-kadang kaklang rasa masa macam laju jer meninggalkan kita... pejam celik pejam celik dah bulan oktober, lg 2 bulan dah masuk tahun baru 2012.  Umur kita makin meningkat... maknanya kita semakin tua. Cer tengok anak2 kita yang dulu kita dukung dan kendong ke sana kemari, yang dulu kita timang tinggi-tinggi... sekarang dah besar panjang.  Kalau kita masih tak sedar yang kita dah tua... ha! tengok jer lah anak2 yang dah semakin membesar tu... kalau tak sedar jugak tak taulah kaklang nak kata apa.  Untuk diri sendiri... sebagai peringatan, entri kali ni.. kaklang hanya nak imbas kembali perkembangan anak2 kaklang.... dari dulu hingga sekarang.














Sekarang masing-masing dah besar... rindu rasanya nak menimang diorg.. tp sekarang tak kuasa kaklang nak timang @ dukung... tak larat akak .. dik ooiiii.