Churp Churp

TOLONG CLICK!!!

Sunday, July 24, 2011

18. Austime / Austistik Spektrum

Hari ni kaklang rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dalam memelihara dan mendidik anak sulung kaklang....Harith Ikhwan atau kaklang dan keluarga memanggilnya Along.  

Pada awal kelahirannya hingga zaman kanak-kanaknya, Along adalah seorang anak yang mudah dijaga. Kaklang sendiri tidak perasan yang anak kaklang ni seorang anak istimewa.  Wajah dan keletahnya semasa membesar tidak berbeza dengan kanak-kanak normal yang lain.  Cuma setelah dia berusia tiga tahun keatas kaklang baru perasan pertuturannya lambat, dan dia agak hyperactive.  Sewaktu kami sekeluarga tinggal di Klang, di kebanyakkan waktu, hanya kaklang dan along sahaja di rumah memandangkan boss bekerja dan along masih belum beradik.  Along kerap bermain seorang diri di halaman rumah sambil menyanyi lagu-lagu selawat dari kumpulan Raihan. Walau sebutan along tidak lancar tapi dia mudah menangkap dan menghafal apa yg selalu di dengarinya.  Kadang-kadang Along bermain dengan cucu makcik jiran sebelah rumah, Atira dan adiknya Husna. Along memang seorang anak yang ceria dan kehidupannya waktu itu kelihatan sentiasa gembira.  Cuma.... sikap hyper along semakin bertambah dari sehari ke sehari... sentiasa mengundang rasa amarah kaklang. 

Setelah kelahiran Angah, jelas along sangat gembira kerana mempunyai adik, walau berusia hampir 4 tahun dia selalu inginkan persamaan dengan adiknya, botol susu yang serupa, waktu menyusu yang serupa dan berbaring disamping adik dan bersama-sama menghisap botol susu walau pun waktu itu angah masih bayi.  Along memang jelas sangat sayangkan adiknya... tak nampak riak cemburu pada Along.

Setelah kami berpindah balik ke Gombak, barulah kami tahu bahawa anak sulung kami ini seorg istimewa itu pun setelah Along melakukan sesuatu yg sangat mengejutkan kami sekeluarga.  Pada pagi tersebut, lebih kurang pukul 7.30 - 8.30 pagi waktu orang sedang bergegas-gegas untuk ke tempat kerja dan memulakan tugasan harian. Along melintas jalan raya di depan rumah dan memasuki pagar tanah perkuburan di seberang jalan lalu berjalan-jalan di dalam kubur seperti sedang berjalan di taman bunga sambil menegur-negur dan menunjuk-nunjuk pokok-pokok besar di dalam kawasan kuburan tersebut.  Kaklang waktu itu berada di dalam rumah sedang menyiapkan kelengkapan hubby yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja.  Tiba-tiba kaklang perasan along dah tiada di dalam rumah, kaklang menjerit-jerit memanggil nama along dan waktu itu kaklang terdengar sayup-sayup suara along menyahut dari dalam kawasan tanah perkuburan... Ya, Allah.. rasa mahu tercabut nyawa kaklang melihat along di seberang jalan. Macam mana along boleh lepas menyeberangi jalan raya yang sedang sibuk? kaklang berlari mendapatkan along dan hubby terduduk terkejut melihat kejadian tersebut.  Pagi itu juga kami membawa along ke klinik pakar kanak-kanak di Shah Alam dan setelah membuat pemeriksaan doktor mengesyaki along....autistik spektrum. Setelah di bawa untuk pemeriksaan lanjut di PPUKM, Along disahkan oleh doktor sebagai seorang kanak-kanak autistik.  Apa perasaan kaklang?... ada rasa terkejut tetapi kaklang dapat menerima berita itu,  tanpa ada sedikit pun rasa kecewa.  Tetapi kaklang sangat sedih kerana selama ini kaklang tidak sedar along seorang autistik... mudah sangat kaklang naik angin bila dia buat perangai, rupa-rupanya dia sendiri tidak memahami apa yang dilakukan....

Memelihara anak autistik ini agak mencabar kesabaran. Tapi alhamdulillah.... along membesar dengan sihat dan kini telah berusia 13 tahun, mampu menguruskan diri sendiri tanpa bantuan kaklang.  Hyperactive along dah banyak berkurangan cuma sekarang dia pandai mengejek-ngejek bila dimarahi.  Along masih lagi dengan sikap manjanya... sentiasa memimpin tangan kaklang bila kami berjalan-jalan atau waktu kaklang menjemputnya dari sekolah hingga kadang-kadang timbul riak hairan dari wajah-wajah yang memandang.  Mungkin hairan anak bujang yang hampir sama tinggi dengan mamanya masih berjalan berpegangan tangan... Pertuturan along masih tidak lancar... harapan kaklang supaya suatu hari nanti along akan dapat lancar berkata-kata dan boleh berdikari.

Harith Ikhwan @ Along
Moga along menjadi anak yang membanggakan dan membahagiakan kaklang dan hubby, menjadi abang yang bertanggungjawab dan disayangi adik-adik serta menjadi permata hati setiap ahli keluarga keluarga.

No comments:

Post a Comment