Churp Churp

TOLONG CLICK!!!

Sunday, February 12, 2012

Bila badai tiba ......

Assalammualaikum.... salam bersiaran di hari isnin nan indah ini.

Hari ni kaklang nak bercerita, hal rumah tangga... tengok tajuk, mesti korang dapat agak kan.  
Rumah tangga walau sebahagia manapun, hepi hepi, riang ria ceria tapi sekali sekala mesti akan ada suatu perkara yang kurang menarik akan berlaku kan... betul tak?  takkan hari2 panas jer sampai ke petang, sekali sekala hujan turun juge di tengahari.  

Dugaan yg datang dalam berbagai2 bentuk. Ada yang sedang seronok berbual dengan pasangan tiba-tiba tersalah cakap dah leh jadi gaduh.  

Ada yg sedang enak di ulit kasih sayang tiba-tiba ada anasir luar yang menyelit masuk merosakkan kebahagiaan orang.

Ada suami yang terlebih melayan, sampai pompuan jatuh perasan.  Tak kira suami orang dikejar dari siang bawak ke malam.  Terutama kepada perempuan terlebih umur yang masih tak laku2.  Pe el dorg memang lain macam sikit.  Kaklang dah jumpa beberapa org pompuan terlebih umur yang tak kawin lagi, dorang ni memang suka menghimpit suami org.

Ada isteri yang terlebih mengada, bermanja-manja dengan lelaki lain selain dari suami.  Pantang ditegur, ha... mulalah  cakap meleret2, mata terkedip-kedip.  Bila si lelaki mengenyit, terus lembik cair... lupa dah diri tu dah bersuami dan anak-anak menunggu di rumah.

macam-macam kan... mintak dijauhkan segala perkara tak baik ini dari singgah  dalam rumah tangga kaklang.  Doa kaklang hari-hari, biarlah jodoh kami berpanjang dan hanya dipisahkan oleh kematian..  AMIN...

No comments:

Post a Comment