Churp Churp

TOLONG CLICK!!!

Thursday, August 18, 2011

Beratnya tanggungjawabmu Ayah......

Kisah teladan ni, kaklang ambil dari akbar ILUVISLAM... Bacalah buat ingatan kepada kita akan besarnya pengorbanan seorang lelaki yang bernama ayah.  

Ketika si ayah sedang berehat di beranda sambil mengusap-usap wajahnya yang mulai berkerut dan badannya sudah bongkok, si anak perempuannya datang bertanya mengapa wajahnya yang kacak kini sudah mulai berubah dan badannya yang tegap sudah bongkok.

Jawab si ayah "kerana aku ini seorang lelaki".  Si anak tidak mengerti dan bertanya kepada ibunya mengenai ayahnya.  Jawab ibunya "Anakku, jika seorang lelaki itu benar-benar bertanggungjawab ke atas keluarganya, memang begitulah jadinya".  Anak masih tidak faham dan terus mendiamkan diri.  Suatu malam dia bermimpi dan mimpi itu menjawab persoalan yang bermain difikirannya selama ini.

"Saat Kuciptakan lelaki, Aku ciptanya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga.  Dia sentiasa akan berusaha menahan setiap hujungnya, agar keluarganya aman dan bahagia".

"Kuciptakan bahunya yang lebar dan berotot untuk membanting tulang menyara keluarganya".

"Kuberikan kekuatan padanya agar berusaha mencari sesuap nasi dari keringat sendiri yang halal dan bersih agar keluarganya dalam keadaan baik, walaupun seringkali dia mendapat cercaan daripada anak-anaknya.  Kuberikan perasaan keras dan gigih berusaha berjuang mencintai dan mengasihi keluarganya walaupun anak melukai perasaannya.  Kuberikan kerutan di wajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu sentiasa berusaha sekuatnya untuk mencari jalan agar keluarganya hidup dalam keluarga sakinah dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarganya, sentiasa berusaha mencurahkan tenaga serta perasaannya, kekuatannya, demi hidup keluarganya.  Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat".

Anak perempuan itu terbangun dan segera berlari, berwuduk dan solat malam hingga menjelang subuh.  Setelah itu, dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berzikir.  Ketika ayahnya berdiri, anak perempuan itu mencium telapak tangan ayahnya sambil berkata "Aku mendengar dan merasakan bebananmu, ayah".

Al Fatihah untuk Almarhum Ahmad Rashid Abdullah, ayahanda yang telah 13 tahun pergi menghadap Ilahi.  Semoga di tempatkan di kalangan hamba-hamba-MU yang soleh.  Amin....


Sumber: ILUVISLAM

No comments:

Post a Comment