Salam Isnin...moga-moga semuanya ceria....
Lama kaklang tak berentri... asyik dok berblog walking ke blog2 orang lain jer, blog sendiri tak terupdate kan.
Kali ni kaklang nak cerita pengalaman kaklang dan keluarga berjalan-jalan ke Tanjong Piai di Johor....sebenarnya kaklang baru beberapa kali ke Johor dan lawatan ni dah lama dah, kaklang pun tak ingat bila?... kalau tak silap hujung tahun 2010 rasanya.
Kami sebenarnya tak pernah menginap di resort atas laut so ini kira first time ler dok resort yang macam tu. Bilik famili ada 4 single bed.... dengan kemudahan yang paling minima. Tapi kaklang jenis tak kisah as long tak perlu nak berhimpit-himpit reramai dalam satu bilik kira dah ok ler tu.
Kat sini ada jetty yang menganjur sedikit ke tengah.... dan pemandangan juga sangat cantik... sepanjang masa kita dapat menyaksikan kapal-kapal besar berlabuh nun jauh di tengah laut.... (tanjung piai kira tempat parking kapal ler). Dari anjung resort, kita boleh lihat pulau Singapura.....bila berdiri di tepi jetty, kita akan dapat melihat kelibat banyak ikan-ikan yang kaklang tak tahu nama berenang-renang bebas.... anak-anak kaklang panggil ikan torchlight sebab di belakang ikan itu seperti bercahaya. Patutlah waktu petang ramai orang di sekitar kawasan resort ni datang untuk memancing.... rupanya kawasan ini kaya dengan khazanah ikannya. Tiap hari kita akan dapat menyaksikan nelayan menaiki bot kelautan samada untuk kelaut atau pulang setelah mendapat hasil.
Jetty tempat melepak meng |
Nelayan pulang petang....setelah seharian mencari rezeki di tengah lautan |
Sebahagian dari resort Tanjung Piai |
Berdekatan dengan resort juga ada menara kawalan.... apa ntah ke namanya... tapi ia untuk mengawal lalulintas di selat tersebut yang sentiasa sibuk dan sesak dengan kapal-kapal dagang yang besar. Utk makluman anda semua... di sinilah pertemuan dua selat iaitu Selat Johor dan Selat Melaka....dan disini jugalah terletaknya penghujung benua asia....
Kesian...time ni ler pulak chicken pox nak keluar..... |
Rehat sementara menunggu makan malam... |
Keesokkan harinya...bintik-bintik di badan cik airin makin banyak, nasib ler hari ini hari terakhir kami disini dan petangnya kami akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur...tetapi sebelum itu...kami masih juga sempat berjalan ke hutan simpan tanjung piai melihat-lihat
hidupan paya dan tumbuhan bakau yang hidup subur di sepanjang laluan
yang dibina... sampai di hujung ada dua hala yang berbeza... ke kanan
adalah untuk ke penghujung benua asia dan ke kiri untuk ke jetty
memancing... Kami mengambil keputusan untuk ke kanan dahulu dan
menikmati hembusan angin yang kencang di dataran penghujung benua asia
sebelum bergerak ke haluan bertentangan untuk ke jetty memancing....
Sepanjang perjalanan ke jetty tersebut, kaklang dapat melihat
pemandangan yang pada kaklang sangat mengagumkan . . . cantik sungguh
hutan paya bakau ni.... Pemandangan di jetty memancing juga sangat
menarik.... dari situ kita boleh melihat Pulau Kerimon, Indonesia,
sayup-sayup dari kejauhan.
Jalan-jalan kali ini ke Tanjong Piai memang meninggalkan kenangan manis dan pengalaman yang indah untuk kaklang dan keluarga...
Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah untuk makan malam di batu pahat dan menikmati masakan yang dinamakan bungkusan seafood yang pada kaklang sangat sedap.... bye bye Tanjung Piai, tak tahulah bila kita akan ketemu lagi.....
salam kenal nooraz..
ReplyDeleteseronok baca mengenai tanjung piai... memang teringin nak kemari...
Insya'ALLAH jika ada rezeki, memang akak akan kemari...
salam perkenalan juga utk akak...
Deletememang seronok berjalan2 ke tanjung piai, bagi pecinta alam sekitar lah. Tp bg yg mahukan percutian yg selesa mungkin mrk tak begitu seronok kat sana sbb kemudahan kat resort tu mmg minima. anyway, suasana sgt menenangkan...