Churp Churp

TOLONG CLICK!!!

Wednesday, June 27, 2012

Hari Terbuka SMKS9

Salam... 

Hari ni, lepas hantar angah ke sekolah, kaklang dan boss terus ke sekolah along.... Hari ni hari terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9.  Parents datang untuk menatap keputusan peperiksaan pertengahan tahun anakanda masing-masing.  Sebab parking dalam kawasan sekolah dah penuh, jadinya kaklang dengan along ajer lah yang turun untuk berjumpa dengan guru kelas along.  boss dan puteri bongsu kaklang tunggu dalam kereta... blok kereta orang kan, tak mau lah nanti jadi penghalang orang nak keluar.... sambil-sambil nak keluar dari kereta tu, kaklang pandang belakang, amboiiii...... puteri bongsu, seronok sungguh beradu yer?  Tiap kali hantar ke sekolah mesti sambung tidur.... 

Kali ini, alhamdulillah... ada peningkatan dalam keputusan peperiksaan along.  Bahasa Malaysia yang along gagal dalam peperiksaan akhir tahun 2011, untuk pertengahan tahun ni, along dapat A. Yang buat kaklang terkilan, B. Inggeris....tahun lepas along score A tapi exam kali ni, keputusan along TH (tak hadir ler tu). Hahaa, tulah selalu sangat tak mau ke sekolah. Walau bagaimana pun melihat pada keputusan peperiksaan along yang ada peningkatan tahun ni, dah cukup buat kaklang gembira.  

Cikgu kelas along, mengajar subjek Agama Islam, Cikgu Wan.  Ikut pada kata Cikgu Wan, dia seronok mengajar along subjek Agama Islam sebab along ada pengetahuan tentang asas agama.  Tentang solat, bacaan solat dan along banyak menghafal surah-surah lazim.  Dan along juga hampir hafal Surah Yassin.... tapi tu lah kekurangan along adalah sebutannya yang tak lancar.   Insyaallah, mungkin dengan izin-Nya satu hari nanti along akan lancar dalam pertuturannya.  Kaklang sentiasa positif dalam perkara ini, walaupun along seorang Autisme, dan masalah pertuturan adalah antara ciri utama anak-anak Autisme... pada kaklang, kalau Allah izinkan tak ada perkara yang mustahil....

Kalaulah ada ustaz-ustaz yang sudi membimbing along untuk menghafal Quran.... mana tahukan, along boleh menjadi seorang Al-Hafiz....

Thursday, June 21, 2012

Latest family member.....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... bagi yg berpuasa dah tentu waktu ini sedang berbuka atau mungkin setelah meneguk air terus melaksanakan ibadah wajib iaitu solat maghrib terlebih dahulu sebelum menerus misi berbuka.  Mungkin juga ada yang masih berada di atas sejadah membaca surah Yassin setelah selesai solat.  Alhamdulillah.....


Semalam, lebih kurang pukul 8.20 pagi...kaklang dapat berita telah selamat dilahirkan seorang lagi ahli baru dalam keluarga kami.... Adik ipar kaklang, yang mesra dengan panggilan Zura telah selamat melahirkan seorang anak perempuan yang comel... nama yang serupa dengan nama seorang artis yang tengah meletoppss di negara kita.... Nur Neelofa.....walaweh, artis tu....  OK... uols boleh lihat betapa tembam nya ppipi yang gebus tu.... SELAMAT DATANG KE DUNIA KEHIDUPAN NUR NEELOFA, MOGA MENJADI ANAK YANG SOLEHAH, insyaallah.... peluk cium dari maklang & famili di setia alam... insyaallah nanti kita berjumpa siaplah pipi tembam tu kena gomol....

Monday, June 18, 2012

Makan-Makan

Salam... Hari ni kaklang nak celoteh pasal tempat makan yang mungkin boleh anda kunjungi jika anda ke Shah Alam.  Semuanya di sekitar opis kaklang jer....

Kat Seksyen 10 ni, ada 4 buah restoran yg menghidangkan makanan yang boleh tahan sedapnya.  Dan kebanyakannya menyajikan hidangan ala kampung.

Restoran pertama yang kaklang nak cerita namanya Restoran Azira, restoran ni pernah keluar dalam rancangan JJCM awal tahun ni.  Setiap hari, kaklang perhatikan cukup ramai orang datang untuk yang menjamu selera di kedai tersebut.  Untuk sarapan ada sajian biasa seperti nasi lemak, mee hon goreng, mee goreng, mee kari, berbagai jenis bubur (spt, bubur jagung, bubur kacang hijau, bubur nasi biasa @ berdaging) dan yang selalu di cari2 oleh ramai orang ialah lempengnya, ada lempeng ubi, lempeng pisang dan lempeng kelapa... sedap bila dicicah kuah kari atau sambal...yummy.  Tengahari pula, ada nasi campur dengan pelbagai jenis lauk pauk yang bisa membuat ada pening untuk memilih.... ada juga nasi beriani dengan pilihan beriani ayam atau kambing, bakso, laksa singapura dan macam-macam lagi. 

Di blok belakang pula, ada Restoran Pak Mal yang telah lama femes dengan sajian nasi ayamnya.  Terdapat juga pilihan nasi kukus ayam berempah dan menu lain yang boleh di pilih.  Jus buah-buahannya juga sgt banyak dan sedap.  Di blok yang sama juga, terletaknya Restoran Hartini yang byk menyediakan hidangan ala-ala pantai timur gitu.... ada juga laksam utk sarapan... untuk juadah makan tengahari, lauk pauk ala-ala kampung tersedia untuk dipilih mengikut selera masing-masing.  

Dan Restoran terbaru di sini ialah Restoran Hot Pindang Kitchen..... haa..yang ni paling dekat dengan kaklang, sebab turun tangga opis jer dah sampai... Restoran ni popular dengan masak pindang dan masak asam pedas nya.   Memang secukup rasa, dan yang selalu menjadi pilihan kaklang untuk makan tengahari adalah nasi dengan masak lemak cili api daging yg dihidangkan sekali dengan telur masin, ikan masin dan timun sebagai ulaman. 

Kalau nak makan sarapan ubi kayu rebus cicah sambal, jemput-jemput lah ke Kafe Restu di Kompleks Taman Kesenian Islam, kat Seksyen 10 juga... bersebelahan dengan Masjid Negeri.  Walaupun tidak banyak pilihan, tetapi makanan kat situ sedap-sedap....pada selera kaklang lah.  Ada nasi ulam kaler biru, sekali sekala ada laksam, nasi himpit kuah kacang, soto, nasi lemak... dll.  Makan di sini agak menjimatkan bagi kaklang, rasanya murah sikit kot berbanding sarapan di tempat lain.  Setiap hari jumaat pula ada dijual nasi beriani kambing @ ayam... yang sgt2 mencabar selera.... sbb sgt sedap dan biasanya pukul 12 tengahari nasi beriani tu dah tinggal kerak jer.   

Sooo.... apa lg jemput2 lah datang ke Seksyen 10, sambil menjamu selera di restoran2 yang kaklang ceritakan.... rasanya tak rugi anda makan disini sbb keenakkan dan kepelbagaian juadah yang di jual......  Kaklang just nak bagi idea untuk anda-anda dalam memilih tempat untuk makan dan sambil tu promosi percuma untuk restoran2 kat sini....

Friday, June 1, 2012

Lama tak jumpa....

Salam Jumaat...walaupun dah malam dan boleh dikira malam sabtu dah.... opppsss kejap... ada lipas lalu...
blog dah bersawang, lama sangat kena tinggalkan.. nak kata kaklang busy tak jugak, yang pasti kaklang kering idea, tak tau nak merapu apa.

Tak de perkara yang menarik berlaku sepanjang kaklang mendiamkan diri... semua berjalan seperti biasa. Pada 25/05 yang lepas kaklang dan famili buat makan2 sikit (kami anak beranak jer) sempena hari lahir putri bongsu kaklang, cik airin yang ke 6 tahun.  Petang sebelum tu, kami ke Kampung Bukit Kerayong, Meru...daftarkan anak kedua kaklang, angah... untuk Kem Remaja Islam sempena cuti sekolah ni.  Masa isi borang, angah bisik kat kaklang, dia tak nak join kem tu, sbb tak biasa kot.  Bila dia tengok jer kaklang tak bagi response dan terus jugak isi borang pendaftaran... terus meleleh air mata dia... kaklang tumpang sayu tapi buat-buat kuat, sedaya upaya buat muka selamba sambil terus tulis cek untuk bayaran pendaftaran.  Kem Remaja tu di anjurkan oleh Ma'had Tahfiz, memang itulah kali pertama kami sampai ke situ... Kem selama seminggu, alahai anak omak, kalau angah sedih, mama lagi lah sedih, tapi mama buat untuk kebaikan angah jugak.  Kalau angah tak masuk kem ni, mama yakin sangat, cuti 2 minggu ni akan berlalu sia-sia..... Angah akan menghadap tv dari pagi sampai petang...

Lepas mendaftar, kami singgah ke Giant beli jajan untuk makan-makan malam tu.  Beli KFC dan cake tiramitsu dari secret recipe... makan lah puas-puas angah, sebab mulai hari ahad, angah akan berkampung kat Ma'had tu selama seminggu.  Hari ahad, kami hantar angah dari rumah nenda di Gombak ke Ma'had di Meru.  Sepanjang jalan angah senyap jer... mungkin rungsing fikirkan keadaan di kem tu.... Masa tinggalkan angah, mama dapat lihat muka angah sedih, mama pun sedih... tapi ini lah namanya pengorbanan, angah... berkorban untuk menimba ilmu... moga segala yang akan perolehi di kem tu nanti akan dapat angah gunakan untuk menempuh masa depan angah, insyaallah.  Malam tu, kami ke sana lagi, hantarkan selimut, bantal dan dua pasang baju melayu untuk angah, abah jer yang turun sebab dah tengah malam... abah kata angah dah tidur.  Malam tu mama mimpi, angah tidur pakai baju melayu maroon yang mama kirim kan.  Hari ni dah jumaat, maknanya lagi dua hari kita akan bersama semula, mama harap segala-galanya berjalan lancar buat angah disana.  Rindu mama pada angah tak boleh nak di cakapkan, rindu sangat-sangat.  Tapi angah kan anak lelaki, belajar lah berdikari dan jadilah anak yang kuat.  Mama dan Abah akan sentiasa ada dibelakang angah, bantu angah semampu kami...