Churp Churp

TOLONG CLICK!!!

Friday, December 23, 2011

Apa salahnye jika kekayaan, kesenangan kita di kongsi

Tajuk kat atas mungkin agak sinis, anyway siapa makan cili dia yang rasa pedasnyer kan.  Sebagai renungan buat kaklang dan semua yang membaca. 

Sharing is caring kan... fikir dari sudut positif bukan baca dengan emosi.  Kita mulakan dengan ......

1.  Jika kita berlebihan, berkongsilah dengan mereka yang kesempitan.  Bersihkan rezeki yang kita dapat dengan berzakat sesungguhnya zakat itu menyucikan.  Hulurkan sedikit bantuan pada anak2 yatim, pada mereka yang nak makan pun terpaksa kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang.  Kalau korang tanya kaklang "mana ada lg org dok kais mengais zaman-zaman ni", buka mata, buka telinga dan buka hati... nanti korang nampaklah ramai lagi org yang sedang dilanda kesusahan.

2.  Jika kita seorang majikan, keuntungan melebihi keperluan salahkah kalau kita memberi lebih sedikit pada pekerja kita.  Tanya pada diri sendiri, cukup ker keperluan mereka dengan gaji yang aku berikan?? Aku bagi takat 7-8 ratus jer gaji kat dorang tapi aku sendiri 7-8 ribu pun tak cukup sebulan.  Weiii.... kita jer ker yang tahu nak senang, dok menambah harta dunia macam nak di bawak sama masuk ke dalam kubur... share ler ngan mereka yang turut berusaha untuk kekayaan yg kita kecapi hari ini. Jangan dok pandang ke depan jer tapi ingat apa yg kita tinggalkan kat belakang.

3.  Jika kita bersaudara, kenapa bila ada hal baru ingat nak hubungi sedara, time takde hal macam takde sedara. Byk kes macam ni.  Bila saudara kita susah kita dok mengelak dari menghubungi atau berjumpa dengan mereka.  Kenapa beb... takut kalau diorg mintak tolong ker? @ mintak pinjam duit dari kita ker?  Alah... kalau dah berlebihan takyah bagi pinjam, bagi jer ler terus... rugi ker?

4.   Jangan berdendam.  Ramai yang kata takpe, aku tak dendam ngan kamu... tapi tindakan dan kelakuan yang ditunjukkan menunjukkan seolah masih ada rasa tak puas hati.  Kalau kaklang, insyaallah tak de dendam kot, tapi apa perbuatan buruk org pada kaklang, kaklang akan ingat supaya kaklang akan sentiasa waspada dgn setiap perkara,  kemungkinan untuk  perkara berulang memang sentiasa ada kan.  Kalau kaklang dah bengang sangat lagi senang, just cut off the relation.... forget it.  Jauhkan diri dan tak perlu diingatkan lagi.

5.  Bercakap atau bercerita pada apa yang perlu saja.  Tak de keperluan takyah nak potpet potpet, sebab lagi banyak kita bercakap lagi banyak kita buat silap.  Mungkin kata2 kita menyinggung perasaan orang lain ker aper ker?  Sebab kadang2 orang ni sensitif tak bertempat, baik senyap... pada kaklang mendengar lebih baik dari berkata-kata. Korang kaklang taktau ler!!!!

6.  Berterima kasih dan kenang budi orang beb.  Jangan orang dah tolong kita, kita cari hal lak ngan dia.  Time susah kat doranglah kita mintak tolong bila dah senang (kalau kata orang gombak dah lopeh ongok) kita buruk-buruk kan dia pulak... beb, sume orang ada kelemahan kalau kita tak suka jangan mintak tolong orang, usahalah sendiri walau bagaimana susah sekali pun.  Takyah dok canang2 buruk orang yang dah menabur budi pada kita.

7.  Kalau orang mintak tolong ngan kita, bantu jer ler setakat kemampuan kita... kenapa perlu ada soal siasat dulu baru kita nak timbangkan whether nak membantu atau tidak?  Byk ler soalan cepumas yang keluar.
"Kenapa ko leh takde duit lak padahal ko keje?"
"Kenapa ko nak pinjam barang aku pulak, ko belilah sendiri"
"kenapa......."
"kenapa......."
Tak habis2 kita dok menyoal 1001 soalan yang membuatkan orang yg perlukan bantuan kita tu pun dah naik rimas nak menjawab.  Just ada dua penyelesaian jer, kalau boleh membantu, bantulah dengan ikhlas tanpa ada perasaan lain dalam hati tapi kalau tak mampu untuk membantu cakap jer terus-terang, yang kita memang tak mampu nak menolong.  Tapi ada jugak orang yang memberi 1001 alasan untuk tidak membantu.

Manusia... macam2 hal kan, fikir2 kanlah, mana yang betul ambillah sebagai panduan dan buanglah mana-mana yang tak betul.  Fikir-fikirkan dan timbang-timbangkan.....macam kata si kecik kaklang... whatever =O

Jalan-jalan

Tiba-tiba kaklang teringat waktu kami sekeluarga ke Sarawak, September tahun lepas sempena khenduri sambut menantu di rumah suami adik kaklang.  Adik kaklang bersuamikan orang Kapit. 

Anak-anak very excited nak naik kapalterbang, flight kami awal pagi, kalau tak silap kaklang pukul 6 pagi kot, so pukul 4:30 kami dah bergerak dari Gombak ke LCCT.  Setibanya kami di Airport Sibu kami terus mendapatkan teksi untuk ke bandar Sibu dari sana kami ke jeti untuk menaiki bot penumpang ke Kapit.  

Waaaa.... macam mengembara lah pulak, perjalanan dengan bot mengambil masa 3 jam mudik ke hulu sungai.  setiba di Kapit, kami dijemput dengan dua kenderaan dan terus di bawa ke rumah keluarga lelaki.  They're all friendly dan kami seperti berada di kalangan keluarga sendiri ketika di sana.  

Orang di sana boleh dikatakan hidup dalam kesenangan, rumah yang besar2 dan keselamatan kampung mereka amat terjamin di mana jika keluar rumah tanpa perlu mengunci pintu sekali pun tiada apa yang perlu di takutkan....

Udara di Kapit sangat segar, maklumlah kawasannya di kelilingi oleh bukit bukau dan hutan.  Jalan raya di situ agak kecil, dan mencabar bagi mereka yang baru mendapat lesen memandu kerana jalannya selain dari berliku-liku ia juga berbukit-bukit dan kerap kali perlu memandu di lereng bukit di sebelah dan jurang dalam di sebelah lagi.   Kami sempat melawat rumah panjang orang-orang Iban... melihat kehidupan mereka yang telah banyak di pengaruhi oleh arus kemodenan.  Mereka masih mandi di sungai yang mengalir air jernih, disitu mereka mandi, disitu juga mereka menangkap ikan untuk di buat hidangan.  

Kami turut ke Pasar Kapit, melihat kepelbagaian barangan yang dijual.  Ada yang menjual barangan kraftangan yang berbagai dan sangat menarik.... ada yang menjual sayur-sayuran kampung yang kebanyakkannya tidak kaklang kenali... dan juga makanan eksotik mereka seperti ular dan katak... ada juga kepada daging rusa dengan kepalanya sekali....tapi kaklang tak berani lah nak beli, takut rusa tak disembelih.  Kaklang dan keluarga sempat membeli beberapa barangan kraft buatan orang tempatan dan boss membeli dua bilah pedang Sarawak, buat kenang-kenangan katanya. 

Angan-angan atau impian

Hehehehe... hari ni terajin lah pulak nak beren3, bila penyakit malas melanda, haa ambik ko, langsung takde cerita... tapi en3 kali ni pendek jer, angan2 atau impian. Kaklang ingat nak berniaga lah.... berniaga apa biarlah rahsia, sebab projek tak jalan lagi nanti bila dah sukses kaklang share ngan korang yerk.

Kata lah selagi kamu boleh berkata-kata

Kali ni kaklang nak tulis pasal orang yang suka mengata2 hal orang di belakang, ditujukan pada semua golongan tak kira tua ataupun yang muda. 

Pada koranglah kan, kalau orang dok mengata2 korang dibelakang dan kemudian korang dapat tahulah pulak, apa yang korang akan lakukan? Bersemuka dengan orang tu atau apa?  Pada kaklang lah kan, takyah nak semuka sebab sebenarnye diorang yang patut bersemuka dengan kita kalau ada rasa tak puas hati kan apasal nak bercerita pasal kita kat belakang. 

Kadang-kadang kaklang heran dengan perangai orang terutama orang tua, yang langsung tak bagi contoh yang baik buat orang2 muda.  Cerita pasal orang itu orang ini kat belakang, melebihkan anak yang itu tapi meminggirkan anak yang ini, mesra ngan menantu yang ini tapi buat dek ngan menantu yang itu, 24 jam sebut nama cucu ini tapi nama cucu yang itu tak tersebut2 pulak.  Heran betullah kaklang dengan sikap orang macam ni, pelik-pelik.  Senangnyer jadi macam bonda kaklang jer, even kalau menantu dia malas sekalipun dia buat biasa jer, kekalkan layanan yang samarata ngan semua menantu2 nyer tak kiralah menantu perempuan atau menantu lelaki.  Takde satu nama cucu pun yg akan selalu disebut-sebut melainkan kesemua nama cucunye akan di meniti dari bibir tuanya (sekarang cucu2 bonda kaklang ada 16 orang and another 3 otw) semua cucu2 bonda mesra dengan nendanya. Bonda juga sentiasa sedia membantu anak menantu yang dalam sesusahan, tak pernah menolak untuk membantu walaupun bonda sendiri bukanlah senang.  Bonda menitiskan airmata jika mendengar cucu kehabisan susu... bukan ketawa mendengarnya (pernah ku dengar seperti ini terjadi pada ibu teman).  Pesan bonda pada anak2, bantu adik beradik yang kesusahan tapi pada yang susah usaha jangan menyusahkan. Mungkin sebab tu agaknya adik beradik kaklang tak pernah berkata tidak jika ada yang meminta bantuan... diberi tanpa sebarang alasan atau sibuk minta penjelasan "kenapa tak de duit?" etc etc.

Satu lagi yang kaklang cukup tak berkenan dengan sikap manusia ni ialah bila nak berziarah terutama pada musim2 raya, memilih beraya kerumah saudara mara yang kaya dulu. Apsal tak ziarah ke rumah saudara-mara yang susah dulu, jangan jadikan alasan, "alah diorang tak datang rumah kita, kita jer yang pergi rumah dia" hellooooo..... manusia, cuba pikir positif sikit, mungkin sebab diorang susah lah yang buat diorang segan nak datang rumah kita.  Tak ke kita digalakkan menziarahi saudara2 yang susah.  Ini tak bila raya jer, yang dituju rumah banglo, abis rumah kayu yang kecik tu... tak jejak keeeerrrr?

Itulah manusia, luaran tak boleh kita jadikan sandaran... tengok pada keseluruhan.  Mungkin orang tu nampak alim tapi kalau memilih saudara kaya dari yang miskin, berbagi kasih pada anak menantu dan cucu... haaa. korang boleh fikirkan sendiri lah.  Ya, kita kena tekun beribadat tapi kita juga dituntut berbuat baik sesama manusia.... terutama yang kekurangan... jangan memilih....

Lamanye Senyap

Salam Jumaat semua.....

Lama dah kaklang tak update blog ni, kering idea lah. Apa aktiviti kaklang sepanjang kaklang dok diam ni? Sebetulnya takde yang menarik sangat untuk dikongsikan.  

Sepanjang cuti sekolah anak2 ada dirumah, cuma kadang2 si kecik, kaklang tinggalkan kat rumah nenda di Gombak. Kami sempat juga membawa anak2 bercuti ke Pulau Pangkor selama 2 hari 1 malam. Quite OK, tempat yang dah lama kaklang tak kunjungi. Actually dulu kaklang belajar di ITM Seri Manjung (SM) selama 3 tahun untuk Diploma.  Masa tu Pulau Pangkor dan Teluk Batik adalah kawasan larangan bagi pelajar2 ITM SM especially bagi student perempuan, alasan larangan itu adalah demi keselamatan pelajar yang diamanahkan oleh ibubapa kepada pihak pengurusan ITM.  Tapi dek kerana merasa adalah satu kerugian jika dah duduk di sana tp tak berjalan ke tempat menarik yang berdekatan, kaklang dan member2 curi2 pergi ke dua-dua tempat larangan itu.  Teluk Batik, kaklang pergi masa pembukaan Pesta Lumut, dulu-dulu famos amos lah pesta ni (kalau korang masih ingat ler).  Kaklang sempat sambar labu sayong sebiji, buah tangan utk bonda.  Masa ke Pulau Pangkor pulak, jeng jeng jeng .... kebetulan lah pulak kami melepak tak jauh dari lecturer architecture. yang tengah berkelah ngan anak isteri dia, bila perasan jer, kaklang and the geng pandang memandang ngan lecturer tu....eeee seriau gak, nasib tak diadukannya pada HEP kalu tak sure dah kena masuk court nyer ler... time tu strict betul lah... dekat2 nak hujung semester jer mesti ada kes akan dibicarakan kat court itm sm... ramai lak tu yg buat kes.  Seriau sungguh mengenangkan pandangan mata lecturer tu.  Tapikan kaklang rasa sebab dia tengok kami sume perempuan tak de sorang pun lelaki atau separuh lelaki dalam group tu, tu yang dia tak report pasal kami ke Pangkor tu agaknya. OK, enough pasal zaman muda mudi kaklang tu. Kaklang sekeluarga ke Pulau Pangkor ngan FIL, dulu naik bot di jeti lumut tp sekarang ada pilihan untuk naik dari jeti Marina, tempat yang lebih moden tapi kan kaklang rasa naik kat Lumut lagi syok sebab boleh beli belah kat Pekan Lumut , kat Marina takde ape2.  Kami bermalam di resort di Teluk Nipah. Aktiviti yang dirancang oleh tourist guide (biras kaklang) kami adalah snorkling kat Coral Island, kaklang pergi ngan boss, Along dan si kecik, angah tinggal sebab sibuk nak mandi swimming pool.  Turut bersama kami adalah SIL and her hubby, BIL and FIL.  Kaklang dgn si kecik tak snorkling yerk, kami main pasir pantai dan belek lintah laut yg ramai org sangka gamat (uwek, geli sungguh melihatnyer) Mulanyer kaklang ingat kami akan naik bot besar yg ada tempat duduk tu, rupa2nya bot laju yang muat 4 org utk satu trip... waaaa.... gayat dan seriau tapi cover jer ler sbb along yang duk kat depan sekali pun sengih jer keseronokan.  Sebelum balik, kami dibawa untuk tour island... melawat tempat2 menarik di sekitar Pangkor.  Sebelum balik ke home-sweet-home, kami semua sempat ke night safari di Zoo Taiping. Sumenyer OK even memenatkan yg penting budak2 seronok.

Tengah fikir2 kemana nak dibawa anak2 ni berjalan2 sebelum sekolah bukak, rancangannyer nak jalan dekat-dekat jer tapi tempatnye mestilah menarik!! OKlah kaklang nak sambung berfikir, jumpa lagi ....arios babeh

Thursday, December 8, 2011

MY AUTISTIC SON

Salam, hari ni kaklang nak share poem ni (copy & paste)... pada yg memahami apa yang di rasai oleh ibubapa yg ada anak istimewa, "good for you".. pada yg tak memahami.. "whatever".




My Autistic Son
by Karen Jones
(Middlesex, England)

They ask me” what is wrong with him” they ask me “what’s not right”

Long blond hair and big blue eyes they fail to see my plight.

“They all do that” I hear them say “They all have little quirks”

But not far beneath those smiling teeth the disability lurks.

He can be a little boisterous; he can be a little rough,

Unaware of other’s cares “but that’s what makes boys tough”.

He doesn’t know how to play with them or understand how they talk,

“He’s a healthy, happy child; he can run, he can walk”.

“He doesn’t look any different; he’s the same as mine” they say,

If only they could live my life for just one hour of the day.

He sees the world differently they’d see he doesn’t know,

The simple things in life, like it’s polite to say hello.

There are ways of saying and doing things that come so naturally,

But for my dear son this doesn’t happen all that easily.

He can’t read body language and struggles with social cues,

He finds it hard to interact and if he upsets someone to him it’s news.

Our lives are routine and we use cues to get through the day,

“But we’re all like this” (ahhh, ignorant bliss) is what the others say.

I wonder how he copes even though he is so very young,

It’s sad to see a child you love so anxious before life has really begun.

So I will try my best to teach him so that it becomes so habitually,

To understand the world outside his own, despite his disability.

But I will always worry how he will handle life in years to come,

And who will look out for my dear sweet boy when his father and I
are gone.

But wait… why am I grumbling; why am I so sad?

I have the love of one sweet boy, is that really all that bad?

Friday, November 18, 2011

Cuti Sekolah Dah Bermula

Assalammualaikum...

Salam Jumaat penuh barakah...selamat bercuti buat anak2, anak2 sedara, dan anak2 kengkawan dan anak2 semua orang.  Anak2 tersenyum keseronokkan, almaklumlah cuti panjang lebih kurang 6 minggu.  Kaklang mulanya rancang nak hantar anak kedua kaklang, Hanif ke kem tahsin di manjoi.... tapi last minute kena cancel sebab hari mendaftar untuk kem tu sama pulak dgn majlis ihtifal sekolah Hanif dan Airin.  Kena fikirkan rancangan lain pulak untuk budak sorang tu. Kalau tak mesti dia akan jadi kutu TV sepanjang musim cuti ni.

Monday, November 14, 2011

Lama tak ber-en3

Salam selasa... apa khabar? 

Kaklang and keluarga alhamdulillah sihat walafiat... lama dah tan beren3.. bukannyer apa.. kaklang agak sibuk kebelakangan ni dan tak berkesempatan nak update blog kaklang ni. Apa nak cerita yer? 

Hari raya Aidiladha lepas kaklang dan keluarga balik ke kampung boss di Kelantan, ke sana ikut Gua Musang dan balik ke Shah Alam melalui Terengganu, jalan favourite kaklang sbb pemandangan pantai yg cantik mata memandang di sepanjang perjalanan.  Keluarga in-law kaklang korban lembu seekor share adik beradik, adalah kaklang bw balik skt untuk bonda dan untuk keperluan sendiri... hingga hari ini masih belum kaklang masak lagi... rancangannye nak dibuat rendang... nnti kaklang uploadkan gambar rendang gombak hasil masakan kaklang yer!  Skrg ni kaklang and famili nak kurangkan makan ayam 21 hari yg mcm dicakapkan oleh kakjee dari blog dari dapur kakjee tu.... tak healthy dan terlebih makan boleh menjemput penyakit.. patut lah tangan kaklang dah jadi alergik dulu tak de pulak. 

Hari minggu lepas kaklang and keluarga balik rumah bonda di Gombak, wahhhh....... seronok sungguh anak2 bila dapat berkumpul dengan sepupu2 mereka.  Abang long kaklang pun balik juga dengan keluarganyer, sgt meriah rumah mak... boss sempat test drive Inspira dan Ezora, hehehe.... tengah dok survey2 keta untuk dijadikan second car, takleh harapkan keta yg satu tu ajer klu rosak susah dah lah nak minta tolong orang susah sgt, harapkan adik bongsu kaklang tu pulak, keta dia pun tengah bertapa kat dlm workshop.  Pagi ahad, kami bawa anak2 mandi sungai di Alang Sedayu, Jungle Lodge.... seronok sungguh budak2 tu sampai tergigil2. Along turun dlm air tak naik2, biasalah budak autistic mmg gemar air.  tak sangka lah pulak dah lama tak sana, la ni dah kena charge parking pulak... might be sebab diorg dah jaga tempat tu elok2 dan dibuatkan surau dan wakaf2... dulu tak ade.  OK lah tu perkembangan baik, elok tempat tumpuan ramai setiap hari minggu dan cuti macam tu ada pihak yang bertanggungjawab menjaga kebersihannya... barulah dapat dinikmati sepenuhnya keseronokan berkelah di situ, insyaallah kami akan dtg lagi.

Tuesday, November 1, 2011

Poem by Alanna Hassett


Salam...

Arini kaklang nak share poem dari org australia ni.... poem yang kaklang pasti bagi mereka yang mempunyai anak @ adik beradik yg mengalami Austistic Spectrum seperti mana yang dialami oleh anakanda sulung kaklang...Along atau Harith.  Kaklang baca dengan hati yang tersentuh... Untuk anda2 semua, baca lah dan hayatilah poem yang kaklang copy paste and sharekan dlm blog kaklang ini.....

Do They Think I Don't know?

by Alanna Hassett
(Australia)
Dedicated to my friend with A.S.

“She can't help it; she doesn't know...”
I hear it every day.
What coveted thing do I not know?

I know that ignorance is bliss.
It is a safe place to hide.
A place where you may cherish your false beliefs.
It is ignorance that makes you say things you don’t know.

I know that tolerance is false.
Tolerance is another way of pointing out that I am different.
That I am not like you, and never will be.
It is an excuse to treat me intolerantly, while saying the opposite.

I know that your pity is pretend.
You don’t pity me; you’re thankful.
It wasn’t you who was made to be me
Or to live like I do.
It isn’t your child who is like me
And is treated the way I am.

I know that love is inexclusive.
I feel it, just like you do.
I may not express it the same as you
Or at all sometimes.
But I can love someone as well as you do.

I know that Autism isn't a curse.
Though Autism is not a gift, it has made me stronger.
It has made me see things that you don't and never will,
Say things that maybe others couldn't say
But not be ashamed,
And do things that you are frightened of doing.

I know, but do you?

Thursday, October 27, 2011

Dinner Time

Salam... 

Pekabar arini?? Entry kali ni kaklang tak mau cerita byk lah... badan tak berapa sihat rasanya..Just nak paparkan apa dinner kami malam tadi....



PRAWN MEE...

NASI LEMAK AYAM RENDANG

KOPI "O" KAW KAW

CHICKEN CHOP WITH RICE

HAINAN CHICKEN CHOP WITH FRIES

BUDAK KECIK MAKAN TAK HABIS....

SIGNATURE DRINK KAT SINI... WHITE COFFEE...walawehh
Nak tau kat mana kami dinner malam tadi.... kat PakLi Kopitiam, wahhh... puas hati lah makan kat situ.  Kalau ikut selera kaklang makan kat Pak Li Kopitiam nih lagi sedap dari makan kat Old Time White Coffee... Jangan kecik hati yer OTWC, walaupun kaklang kata begitu tp selalu jugak kaklang and famili melawat kamu...

Tuesday, October 18, 2011

CHAIYOOK TO ALONG

Pagi ni.. kami memulakan perjalanan dari Gombak. 
Setelah menghantar angah ke sekolah dan adik ke kindy. 
Kaklang dan boss terus ke Pusat Akuatik MBSA dekat bulatan kayangan Shah Alam.  
Hari ni ada Karnival Renang PPKI SMK Seksyen 9.  
Tak ramai ibu bapa yang hadir... bila kaklang kira-kira adalah dalam 5-6 orang jer parents yg datang.  
Kaklang dan boss hadir untuk memberi sokongan moral buat Along walaupun banyak acara yg Along sertai telah diadakan pada kelas renang minggu lepas.  

Seronok sungguh melihat bermacam-macam keletah dan kerenah anak-anak istimewa nih.  Ada yang takut-takut pada mulanya nak turun ke dalam kolam tapi bila dah masuk tak mau pulak dia keluar.  
Ada yang menangis-nangis di tengah kolam... gayat kot. 
Ada beberapa acara sukaneka diadakan dengan bimbingan dari coach2 dari team supershark.

Hari ni prestasi Along cukup membanggakan... Along dapat 3 pingat emas dan 1 gangsa... waaa... terer rupanyer anak mama ni.  
Cikgu menggalakkan Along mengikuti kelas renang tambahan setiap hari Sabtu sebab Along sangat berminat dengan aktiviti renang ni. 
 Insyaallah... kaklang akan usahakan supaya Along dapat joint kelas tu....

C&P

Hari ni kaklang nak share ngan ouls email yg kaklang terima dari seorang sahabat kaklang, yg selalu menforwardkan kpd kaklang email yang berunsurkan nasihat dan peringatan.  Thousands Millions Thank to my dearest friend... Ismid...seorang sahabat yg baik. 

Bacalah dan terimalah hakikat... selama ini cara kita berpakaian adakah yang sebetul-betulnya seperti yang dituntut oleh agama, sebab kaklang share kan email ni adalah untuk dijadikan pedoman oleh kaklang sendiri dan anda-anda semua... bg lelaki, nasihati lah wanita yang terdekat dgn anda i.e isteri, adik, kakak dan saudara mara perempuan.  Lihat... jika mereka telah bertudung, adakah tudung dan baju mereka telah dilabuhkan???.  Bagaimana pula dengan pakaian mereka walaupun mereka berbaju kurung@kebaya adakah baju mereka itu  longgar atau mengikut bentuk badan??? Jangan biarkan mereka dipandang murah oleh org yang memandang...
So uols...bacalah yerk!!!!

ERTI NILAI TUDUNG PADA WANITA ISLAM

Apabila wanita muslim menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Monday, October 17, 2011

ALONG OH... ALONG

Hari ni.... di pagi Isnin yang indah, waktu orang lain bersemangat nak memulakan minggu yang baru, si Along pulak buat perangai.  Dia dah bangun awal-awal pagi, pi mandi, bersiap pakai baju sekolah dia, nampak macam beria-ria sangat nak kesekolah.  On the way to school, kaklang heran gak... baik nye along arini, senyap jer.  Kalau tak mulut dia pokpek pokpek.. tak berenti-henti bercakap. Sampai jer kat sekolah, macam biasa sebelum dia turun dari kereta untuk ke kelas, kaklang akan hulurkan tangan untuk disalam oleh Along tapi arini ni huluran tangan kaklang tu tak bersambut.  Along dok diam jer kat belakang, "mama, sakit perutlah". Aihh... apa hal lak tiba-tiba sakit perut, tadi breakfast, selamba jer.. punyalah semangat. Adik-adik belum sarapan dia dah sarapan dulu.  Kaklang pun OK jerlah, jomlah ikut masuk pejabat kot yer si Along sakit perut kang susah pulak.  Lepas hantar angah ngan adik, kami berenti sarapan kat Pelita.... wahhhhh, bukan main si Along makan roti telur, siap membebel-bebel lagi mulut dia...

OOOOhhhhhh...... dah pandai buat sandiwara rupanya anak kaklang yang sorang ni, kalau malas nak pi sekolah cakap jerlah... elok jer masuk office dia terus menghadap komputer sampailah sekarang waktu kaklang masukkan entri ni dia masih belum berenti lagi dari menghadap komputer tu... SABAR jelah dengan anak sorang ni...

Hujung Minggu

Hari Sabtu.... hari menyopping tanpa beg. Ahhh..... kaklang ngan hubby beli lagi dua beg shopping, gara-gara lupa bawak beg waktu nak membeli barang keperluan rumah.  

Membazir.... dah berapa helai beg shopping tu tergantung kat grill dapur, kalau tak silap kaklang dah ada 6-7 beg dah.  Hari ni... like shopping spree yang lepas-lepas... kami beli lamb, sure hubby suh kaklang grill lagi lah tu.  Feberet dia dan anak-anak dan kaklang juger...... lamb ni, pada kaklang ngan hubby lagi sedap dari mutton, bukan sebab lamb banyak lemak tp sebab daging dia lagi lembut dari mutton dan satu lagi bau dia kurang sikit tengik/hamis, so mencucinya tak lah lama sangat.  Perap sekejap ngan black pepper, pinch of salt dah leh grill... sedapnya..... kalau  nak tahu, masak lah sendiri.

Nanti-nantilah... kaklang masukkan entri aktiviti memasak kaklang, sekarang ni macam tak sempat jer, (macamlah busy sangat).


Friday, October 14, 2011

C&P

Allah swt Tuhan yang Mencipta manusia dengan segala kemajmukannya. Majmuknya manusia di atas muka bumi ini bukan berlaku secara secara silap mata atau magik sihir, tetapi ia adalah hasil ciptaan Allah Tuhan yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijak. Sehingga hari ini, tiada siapa yang berani menafikan fakta bahawa Allah yang mencipta manusia samada manusia itu berkulit putih atau berkulit hitam. Samada manusia itu berbangsa Arab atau bukan Arab seperti Melayu, Cina dan India. Lihat pengakuan Allah swt yang tidak pernah dinafi oleh sesiapa di dalam surah al Hujurat ayat 13 :


يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ


"Maksudnya : Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menjadikan kamu terdiri dari lelaki dan perempuan dan kami telah jadikan kamu berbilang - bilang bangsa dan puak supaya saling kenal - mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Sesungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya."


diambil dari harakahdaily

Thursday, October 13, 2011

"MMMM"

TUPAI-TUPAI


Mak aih.. sehari dua ni asyik tidoq lambat jer.  Sepanjang siang kaklang jadi mamai.  Nasib lah dah beberapa hari ni tak perlu memasak.  Hari selasa makan malam kat Paparich... makan mee kari dia, rasanya OK lah tapi portion dia banyak... leh buat makan 2 orang.  

Hari Rabu dinner kat Tupai-tupai seksyen 13, yg sebelah kondo Sri Acapella tu.. pun boleh lah, tapi tak membuat kaklang ada perasaan nak datang lagi. Masa makan-makan tu kaklang terperasaan Ziana Zain ngan anak-anak dia pun makan kat situ gak tp disebabkan kaklang ni jenis tak herankan artis-artis ni so kaklang pandang dari jauh jer lah.  Kami sekeluarga makan dengan staff H&A... Emy dan Fahmi.  Kaklang makan lambchop with blackpepper gravy, lamb dia tak begitu lembut... orang yang pakai gigi palsu tak di galakkan untuk memilih menu ni (kok tanggal pulak gigi tu nanti).

LAMB CHOP
BUBUR DAGING santapan adik dan angah...

Along makan nasi goreng kampung yang warna dia... alahai hitam, macam terlebih curah kicap pun ada gak.  Angah ngan adik makan bubur daging, serve ngan ikan bilis dan ikan masin.  En Hubby makan grilled chicken ... nampak dia makan cam sedap jer, tak der comment pun.  

Fahmi makan chicken chop dan di pau oleh along kemudiannya... dah Emy ngan mee claypotnye.  Last night makan kat kedai mamak jer... kat Rafi Bistro, also at Seksyen 13. Makan chinese cuisine tapi dimasak oleh encik mamak... ok juga, tak lah sedap mana tp boleh diterima oleh perut kaklang.  Bila kaklang fikir2 balik... minggu ni memang tak de tmpat lain yg kitorg tuju time dinner.... tiap-tiap hari ke seksyen 13, tinggal lagi tempat makan jer yang berlainan.  Dalam tiga-tiga tempat yang kitorang pergi tu, kaklang rasa sedap lagi makan kat Pak Li Kopitiam kat Giant, Klang Sentral.  Dan kalau nak makan lagi sedap of course lah yang kaklang masak sendiri (sedap ker???... tak kisah org nak kata apa tapi pada kaklang sedap jer... kalau kaklang masak sendiri) .  

Hari ni tak tau lagi makan kat mana, kalau balik awal, kaklang masak kat rumah jer... tp kalau dah malam baru smpai rumah alamatnya kena fikirkan tempat lain lah pulak untuk dinner nanti.... kena pi tempat yang ok sikit sebab breakfast hanya dengan roti dan lunch makan maggie...(kes malas nak tapau...).  Ada tiga kedai makan kat sini, makanan dia ok tapi sbb dah hari2 dok makan benda yang sama boring ler pulak.  Lagipun waktu pagi ngan lunch, mak ooii... penuh.  Minggu depan dah set ngan Emy nak makan kat Subway dan mencuci mulut kat Tutti Frutti... hehehe... nilah untungnye opis dekat dengan shopping centre ni...lepas makan nnti leh lah menyoping kat kedai tudung yang baru bukak tu... (ada beberapa hari untuk simpan duit tuk shopping-shopping minggu depan)

Thursday, October 6, 2011

MENINJAU KE BLOG LAIN

Assalam....

kerana hari ni kaklang agak free, keje tak byk dan yg lebihnya boss satu hari takde kat opis so kaklang menjelajah ke beberapa blog masakan.  

Hobi kaklang memang meninjau blog masakan.  Suka sangat tengok diorang memasak berbagai resepi yang mengecurkan air liur.  Kreatif sungguh mereka... kaklang terfikir nak masukkan entri masakan kat blog kaklang ni.. tp bukan bermaksud nak mengubah blog kaklang ni menjadi blog masakan 100 peratus... sikit2 jer, kot-kot kaklang terajin mengambil gambar masakan kaklang yang tak seberapa tu... leh lah kaklang kongsikan kat blog ni.  Tapi kaklang akan tetap maintainkan blog kaklang ni menjadi blog yang serba ada... ada cerita, pengalaman, nasihat, kata-kata berhikmah dan sebagainya.  So.. nantik-nantikan lah yer... (tak tahu bila akan bermula) masakan2 yang sodap hinggo menjilat jari dari kaklang untuk dear readers sumer... (cam ramai jer reader kan.. takpe perasan sendiri).  Yang paling penting, dengan menulis entri2 diblog ni, kaklang ada lah benda nak dibuat selain dari kerja2 umah dan opis.  Hehehe... ini lah hobiku.

Tuesday, October 4, 2011

MY KIDDOS

Kadang-kadang kaklang rasa masa macam laju jer meninggalkan kita... pejam celik pejam celik dah bulan oktober, lg 2 bulan dah masuk tahun baru 2012.  Umur kita makin meningkat... maknanya kita semakin tua. Cer tengok anak2 kita yang dulu kita dukung dan kendong ke sana kemari, yang dulu kita timang tinggi-tinggi... sekarang dah besar panjang.  Kalau kita masih tak sedar yang kita dah tua... ha! tengok jer lah anak2 yang dah semakin membesar tu... kalau tak sedar jugak tak taulah kaklang nak kata apa.  Untuk diri sendiri... sebagai peringatan, entri kali ni.. kaklang hanya nak imbas kembali perkembangan anak2 kaklang.... dari dulu hingga sekarang.














Sekarang masing-masing dah besar... rindu rasanya nak menimang diorg.. tp sekarang tak kuasa kaklang nak timang @ dukung... tak larat akak .. dik ooiiii.

Wednesday, September 7, 2011

EID MUBARAK

Eid Mubarak buat semua muslimin dan muslimat.  

Kaklang menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali kaklang andainya kaklang ada menguris hati melalui perlakuan mahupun kata-kata samada yang kaklang sengaja ataupun tanpa kaklang sedari.

Selamat menyambut HARI RAYA AIDILFITRI semoga semua bergembira dan berbahagia merayakan hari raya ini bersama yang tersayang dan keluarga.

Thursday, August 18, 2011

PUISI UNTUK WANITA (muslimah)

Wanita solehah itu aurat dijaga
pergaulan dipagari.
sifat malu pengikat diri
seindah hiasan di dunia ini.


Keayuan wanita solehah itu
tidak terletak pada kecantikan wajahnya.
kemanisan wanita solehah
tidak terletak pada kemanjaannya.
daya penarik wanita solahah itu,
bukan pada kemanisan bicaranya
yang mengoncang iman para muslimin.
dan bukan pula terletak pada
kebijaksanaannya
bermain lidah, memujuk rayu.


Bukan dan tidak sama sekali
kepetahan wanita solehah
bukan pada barang kemas atau
perihal orang lain
tapi pada perjuangannya meningkatkan
martabat agama.


Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa
yang indah bak permata yang menyeri alam.
akal mengatakan wanita cantik atas
kemajuan dan kekebalannya
dalam ilmu serta pandai dari segala aspek.
hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya
itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai


Wahai wanita,
jangan dibangga dengan kecantikan luaran
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman
tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman
agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi.

Sumber:  ILUVISLAM (halaqah.net)

ANDA DAYUS JIKA INI BERLAKU...

Waaah... tajuk entri kali ni agak mengejutkan.  Tapi inilah kebenaran dan nasihat yang sangat berguna untuk seorang lelaki yang bergelar SUAMI, AYAH, ABANG DAN SAUDARA LELAKI.  Nak tahu apa kisahnya, nih... baca apa yang tertera di bawah ni...

ANDA DAYUS JIKA INI BERLAKU;

1.  Membiarkan aurat dan kecantikan susuk tubuh isteri dinikmati oleh pandangan orang lain ketika mereka berada di luar rumah atau di pejabat.

2.  Membiarkan isteri balik lewat ke rumah dari tempat kerja bersama lelaki lain tanpa di temani mahramnya.

3.  Membiarkan aurat anak perempuannya yang sudah akil baligh dilihat lelaki lain tanpa menegur ataupun menyuruhnya menutup aurat.

4.  Membiarkan anak perempuannya berjalan berdua-duaan dengan lelaki lain yang bukan mahramnya.

5.  Tidak mengajar agama ataupun bertegas dalam hal berkaitan agama dengan isteri dan anak-anak serta ahli keluarga yang lain.

6.  Membiarkan anak-anak perempuan berfoya-foya di luar rumah hingga jauh malam tanpa ada rasa risau akan keselamatan mereka.

7.  Membiarkan ibu melakukan kemaksiatan.  Walaupun dia seorang ibu tetapi jika dia terpesong dari jalan ALLAH, sebagai anak lelaki wajib membawanya kembali ke pangkal jalan.

8.  Dayusnya anda jika tidak tahu mengaji al-quran dan tidak pula mencari jalan untuk mempelajarinya.

9.  Apabila keluarnya anak perempuan dari rumah dengan berpakaian seksi hingga menampakkan keseluruhan auratnya, setiap saat dan detik itu juga anda (lelaki) berdosa kerana tidak menegahnya dari berkelakuan demikian,

10.  Dan paling ditakuti ke nerakanya keluarga kamu kerana sebagai lelaki kamu tidak membawa mereka ke syurga dengan menegakkan kebenaran dan bertegas dalam hal-hal kemungkaran.

Fikir-fikirkan, renung-renungkan dan selamat beramal.....

Sumber:  ILUVISLAM


Beratnya tanggungjawabmu Ayah......

Kisah teladan ni, kaklang ambil dari akbar ILUVISLAM... Bacalah buat ingatan kepada kita akan besarnya pengorbanan seorang lelaki yang bernama ayah.  

Ketika si ayah sedang berehat di beranda sambil mengusap-usap wajahnya yang mulai berkerut dan badannya sudah bongkok, si anak perempuannya datang bertanya mengapa wajahnya yang kacak kini sudah mulai berubah dan badannya yang tegap sudah bongkok.

Jawab si ayah "kerana aku ini seorang lelaki".  Si anak tidak mengerti dan bertanya kepada ibunya mengenai ayahnya.  Jawab ibunya "Anakku, jika seorang lelaki itu benar-benar bertanggungjawab ke atas keluarganya, memang begitulah jadinya".  Anak masih tidak faham dan terus mendiamkan diri.  Suatu malam dia bermimpi dan mimpi itu menjawab persoalan yang bermain difikirannya selama ini.

"Saat Kuciptakan lelaki, Aku ciptanya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga.  Dia sentiasa akan berusaha menahan setiap hujungnya, agar keluarganya aman dan bahagia".

"Kuciptakan bahunya yang lebar dan berotot untuk membanting tulang menyara keluarganya".

"Kuberikan kekuatan padanya agar berusaha mencari sesuap nasi dari keringat sendiri yang halal dan bersih agar keluarganya dalam keadaan baik, walaupun seringkali dia mendapat cercaan daripada anak-anaknya.  Kuberikan perasaan keras dan gigih berusaha berjuang mencintai dan mengasihi keluarganya walaupun anak melukai perasaannya.  Kuberikan kerutan di wajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu sentiasa berusaha sekuatnya untuk mencari jalan agar keluarganya hidup dalam keluarga sakinah dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarganya, sentiasa berusaha mencurahkan tenaga serta perasaannya, kekuatannya, demi hidup keluarganya.  Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat".

Anak perempuan itu terbangun dan segera berlari, berwuduk dan solat malam hingga menjelang subuh.  Setelah itu, dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berzikir.  Ketika ayahnya berdiri, anak perempuan itu mencium telapak tangan ayahnya sambil berkata "Aku mendengar dan merasakan bebananmu, ayah".

Al Fatihah untuk Almarhum Ahmad Rashid Abdullah, ayahanda yang telah 13 tahun pergi menghadap Ilahi.  Semoga di tempatkan di kalangan hamba-hamba-MU yang soleh.  Amin....


Sumber: ILUVISLAM

Tuesday, August 9, 2011

22. My kids


Adik kat depan Hotel Rossa Pasadena, Brinchang, C.Highlands

Along main sorok-sorok, location setia alam.

Angah & Adik during Safinatunnajah's Sport Day

Angah dan jus oren.....urmmm

Along dan aksi terkejut badaknya....selepas main sorok-sorok...????

21. 10 RAMADHAN

Salam... 

Lama gak kaklang tak posting apa2 dalam blog ni.  Bulan puasa... malas rasanya nak menaip, sekadar menaip buat kerja opis jer lah.  Hari ni hari Rabu, dah 10 hari kita berpuasa dalam 19 atau 18 hari lagi Syawal akan menjelma. Dah buat persediaan untuk Raya? Baju raya, kuih raya etc.  Kaklang and family nampaknya belum buat apa-apa preparation lagi.... Baju raya anak2 pun belum dibeli, kuih raya jauh sekali.  Adik dah bagitau kaklang, tahun ni dia nak jubah untuk hari raya, hemmmm..... anak perempuan walaupun masih kecil tp dah ada keinginan sendiri... dan disebabkan dia minta baju yang sopan makanya kenalah kaklang carikan jugak. Kaklang sebagai ibu akan memberi sokongan dan galakan pada anak2 kalau yang dihajatinya itu sesuatu yang baik.  Adik nak jubah dan tudung.... kan sejuk hati mendengarnya.. anak berusia 5 tahun dah pandai nak berpakaian sopan dan menutup aurat..... alhamdulillah.

Pagi ni masa hantar Along ke sekolah, dia buat hal lagi.  Alamak... haru biru rasanya. Dah sampai ke sekolah tapi taknak pulak masuk ke kelas, turun dari kereta pun dia taknak.  Cikgu Zahrah dan Cikgu Faiz dok memujuk Along, tp nampak macam tak berkesan jer.  Angah dah berkerut dahi sebab dah pukul 8 lebih tapi dia masih stuck kat sekolah Along.  Kelas Angah start at 8... kesian tengok muka Angah.  Cikgu dok pujuk-pujuk Along dan bagi hint pada kaklang dan DH suruh pergi dan tinggalkan saja Along.  Sebaik jer kereta meluncur Along pun startlah berlari mengejar dan kata Adik, Along terjatuh masa mengejar kami. Sampai di office lepas hantar Angah ke sekolah, kaklang terus telefon Cikgu PPKI, lutut along kedua-dua belah dan siku tercedera akibat jatuh kerana mengejar kami.  

Dalam pukul 10, kaklang dan DH ambil Along dari sekolah untuk dirawat kecederaan tu.  Huh...tu lah dugaan yg perlu dihadapi dalam menjaga anak istimewa ni... dah besar pun still macam budak kecil.  Sabar jer lah.....

Sunday, August 7, 2011

20. The Arrival of a Lil Princess

Pagi-pagi lagi, rasa kaklang belum pun subuh, adik kaklang iaitu achikjee telefon bagitau adik kaklang Azza on the way to hospital.  Tanda-tanda nak bersalin dah ada.  

Kaklang ada 2 orang adik perempuan dan kaklang rapat dengan kedua-duanya, so bila diorang nak bersalin, kaklang pulak yang terlebih excited.  Dalam sibuk-sibuk menyiapkan anak-anak nak kesekolah lebih kurang pukul 7, telefon berbunyi lagi this time bonda kaklang yang call bagitau Azza dah selamat bersalin dan another baby girl in our family on 3rd Ramadhan AlMubarak.  

Alhamdulillah... kaklang tumpang seronok dan gembira mendengar berita ini.  And on Saturday kaklang and family balik Gombak untuk melihat anak buah yang terbaru dalam keluarga Mak Munah (my mum lah tu).  She is so pretty tp sebab umur baru 3 hari so dia tidur jer lah dan nama ahli terbaru keluarga kami adalah IRIS AULIA BT MOHD ISMAIL. 

Tuesday, July 26, 2011

19. Perkongsian

kata-kata mutiara untuk hari ini....

keselesaan tubuh kerana sedikit makan
keselesaan jiwa kerana sedikit dosa
keselesaan hati kerana sedikit keinginan
keselesaan lisan kerana sedikit bicara

kaklang pernah berkongsi kata-kata mutiara ini dlm facebook kaklang.... sekadar mengulang tayang untuk menjadi pedoman kita dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh godaan.

suka ok lah, tak suka pun takpe... blog kaklang ini pengisiannya pelbagai. Ada kisah seharian dalam kehidupan kaklang, ada perkongsian yang kaklang rasa patut kaklang kongsi dengan orang lain.  Ada antara yang kaklang kongsikan, kaklang dapati dari pembacaan kaklang dan ada juga dari apa yang kaklang lihat dan kaklang dengar.

Sunday, July 24, 2011

18. Austime / Austistik Spektrum

Hari ni kaklang rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dalam memelihara dan mendidik anak sulung kaklang....Harith Ikhwan atau kaklang dan keluarga memanggilnya Along.  

Pada awal kelahirannya hingga zaman kanak-kanaknya, Along adalah seorang anak yang mudah dijaga. Kaklang sendiri tidak perasan yang anak kaklang ni seorang anak istimewa.  Wajah dan keletahnya semasa membesar tidak berbeza dengan kanak-kanak normal yang lain.  Cuma setelah dia berusia tiga tahun keatas kaklang baru perasan pertuturannya lambat, dan dia agak hyperactive.  Sewaktu kami sekeluarga tinggal di Klang, di kebanyakkan waktu, hanya kaklang dan along sahaja di rumah memandangkan boss bekerja dan along masih belum beradik.  Along kerap bermain seorang diri di halaman rumah sambil menyanyi lagu-lagu selawat dari kumpulan Raihan. Walau sebutan along tidak lancar tapi dia mudah menangkap dan menghafal apa yg selalu di dengarinya.  Kadang-kadang Along bermain dengan cucu makcik jiran sebelah rumah, Atira dan adiknya Husna. Along memang seorang anak yang ceria dan kehidupannya waktu itu kelihatan sentiasa gembira.  Cuma.... sikap hyper along semakin bertambah dari sehari ke sehari... sentiasa mengundang rasa amarah kaklang. 

Setelah kelahiran Angah, jelas along sangat gembira kerana mempunyai adik, walau berusia hampir 4 tahun dia selalu inginkan persamaan dengan adiknya, botol susu yang serupa, waktu menyusu yang serupa dan berbaring disamping adik dan bersama-sama menghisap botol susu walau pun waktu itu angah masih bayi.  Along memang jelas sangat sayangkan adiknya... tak nampak riak cemburu pada Along.

Setelah kami berpindah balik ke Gombak, barulah kami tahu bahawa anak sulung kami ini seorg istimewa itu pun setelah Along melakukan sesuatu yg sangat mengejutkan kami sekeluarga.  Pada pagi tersebut, lebih kurang pukul 7.30 - 8.30 pagi waktu orang sedang bergegas-gegas untuk ke tempat kerja dan memulakan tugasan harian. Along melintas jalan raya di depan rumah dan memasuki pagar tanah perkuburan di seberang jalan lalu berjalan-jalan di dalam kubur seperti sedang berjalan di taman bunga sambil menegur-negur dan menunjuk-nunjuk pokok-pokok besar di dalam kawasan kuburan tersebut.  Kaklang waktu itu berada di dalam rumah sedang menyiapkan kelengkapan hubby yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja.  Tiba-tiba kaklang perasan along dah tiada di dalam rumah, kaklang menjerit-jerit memanggil nama along dan waktu itu kaklang terdengar sayup-sayup suara along menyahut dari dalam kawasan tanah perkuburan... Ya, Allah.. rasa mahu tercabut nyawa kaklang melihat along di seberang jalan. Macam mana along boleh lepas menyeberangi jalan raya yang sedang sibuk? kaklang berlari mendapatkan along dan hubby terduduk terkejut melihat kejadian tersebut.  Pagi itu juga kami membawa along ke klinik pakar kanak-kanak di Shah Alam dan setelah membuat pemeriksaan doktor mengesyaki along....autistik spektrum. Setelah di bawa untuk pemeriksaan lanjut di PPUKM, Along disahkan oleh doktor sebagai seorang kanak-kanak autistik.  Apa perasaan kaklang?... ada rasa terkejut tetapi kaklang dapat menerima berita itu,  tanpa ada sedikit pun rasa kecewa.  Tetapi kaklang sangat sedih kerana selama ini kaklang tidak sedar along seorang autistik... mudah sangat kaklang naik angin bila dia buat perangai, rupa-rupanya dia sendiri tidak memahami apa yang dilakukan....

Memelihara anak autistik ini agak mencabar kesabaran. Tapi alhamdulillah.... along membesar dengan sihat dan kini telah berusia 13 tahun, mampu menguruskan diri sendiri tanpa bantuan kaklang.  Hyperactive along dah banyak berkurangan cuma sekarang dia pandai mengejek-ngejek bila dimarahi.  Along masih lagi dengan sikap manjanya... sentiasa memimpin tangan kaklang bila kami berjalan-jalan atau waktu kaklang menjemputnya dari sekolah hingga kadang-kadang timbul riak hairan dari wajah-wajah yang memandang.  Mungkin hairan anak bujang yang hampir sama tinggi dengan mamanya masih berjalan berpegangan tangan... Pertuturan along masih tidak lancar... harapan kaklang supaya suatu hari nanti along akan dapat lancar berkata-kata dan boleh berdikari.

Harith Ikhwan @ Along
Moga along menjadi anak yang membanggakan dan membahagiakan kaklang dan hubby, menjadi abang yang bertanggungjawab dan disayangi adik-adik serta menjadi permata hati setiap ahli keluarga keluarga.

17. Salam Isnin. Kisah Yakjuj Makjuj.

Hari ini kita akan berkongsi hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang menceritakan dengan panjang lebar tentang Yakjuj Makjuj.  Antara maksudnya;

Allah mewahyukan kepada Nabi Isa a.s, "Aku akan mengeluarkan hamba-hambaku yang tidak terkalahkan oleh siapa pun.  Kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku (yang soleh) ke bukit. Kalau Allah Taa'la  membangkitkan yakjuj dan makjuj, mereka turun melanda dari tempat yang tinggi.  Gelombang pertama melewati telaga Thiber lalu mereka minum habis air telaga tersebut.

Kemudia lewat pula rombongannya yang lain.  Kata mereka 'sesungguhnya dahulu disini ada air. 'Nabi Isa dan para sahabat beliau terkepung sehingga sebuah kepada lembu lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar seorang kamu hari ini (kerana kekurangan makanan).  Nabi Isa dan para sahabat berdoa semoga Allah menghancurkan Yakjuj Makjuj.  Maka dikirimkan Allah kepada mereka penyakit hidung seperti haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya.  Kemudian Nabi Isa dan para sahabat turun ke bumi.  Tetapi tidak sejengkal tanah pun didapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk itu.  Maka dikirim Allah burung-burung sebesar unta lalu diangkatnya bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkannya ketempat yang dikehendaki Allah.  Kemudia Allah menurunkan hujan yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).   
Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga susu seekor unta cukup mengenyangkan sekumpulan orang.  Susu seekor lembu cukup untuk satu kabilah.  Susu seekor biri-biri cukup untuk sekelompok keluarga dekat.  Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin baik melewati ketiak mereka maka tercabut roh setiap orang mukmin dan muslim.  Maka tinggalah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti keldai.  Maka dikala itu terjadilah kiamat.

(HR-Muslim)

Yakjuj Makjuj menjadi salah satu antara sepuluh tanda besar kiamat.  Tembok pemisah yang dibina oleh Zulkarnain bagi mengekang Yakjuj Makjuj memang ada berdasarkan dari Surah Al-Kahfi ayat 94 yang bermaksud
"Wahai Zul-Qarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi.  Oleh itu setujukan kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepada kamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok diantara kami dengan mereka"

Tembok yang dibina itu sangat kukuh kerana diperbuat daripada besi yag ditiup menjadi tembaga.  Allah Maha Mengetahui tahap pengetahuan manusia, kalau DIA kata tembok maka memang benarlah tembok walau ia tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Yakjuj Makjuj sedang mengorek tembok itu, dan ia akan terus mengoreknya sehingga hari kiamat datang dan mereka dilepaskan dengan izin Allah SWT.

Kita dilekakan dengan masa, Allah jalankan masa dengan laju sehingga kita tidak terasa bahawa masa itu berjalan.  Di dalam masa yang sama juga kita terleka bahwa Yakjuj Makjuj sedang mengorek dinding pemisah antara kita dan mereka dan masanya sudah hampir tiba.