PESANAN IBU UNTUK ANAK PEREMPUAN DI AMBANG PERKAHWINAN |
Pesanan isteri ‘Auf bin Muslim Ashaibani kepada puterinya yang bakal berkahwin dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.
“Wahai
anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau
telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang
lalai dan panduan bagi orang yang menggunakan akal.
Andai
kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu
bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami.
Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk
wanita.
Wahai
puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu
dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada
seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru.
Kerana
itu, jadilah 'hamba' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi
'hamba' lelaki bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia. Peliharalah
sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan
yang baik untukmu:
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga
dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang
diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang tidak cantik daripadamu
dan jangan sampai dia mencium bau yang busuk daripadamu.
Kelima
dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar
yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh
dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta
keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira
dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan
dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka
rahsianya. Apabila kamu mengengkari perintahnya, bererti kamu melukai
hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan selamat daripada
pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia berseronok.
Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah,
sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu
mendahulukan kehendaknya daripada keredaanmu, dan mendahulukan
kegembiraannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai
atau yang tidak kamu senangi dan Allah pasti memberkatimu.”
(Kitab al-Bayan wa'l-Tabyin oleh al-Jahiz)
Tahniah ANDA DIPILIH sebagai BLOG PILIHAN oleh KAKI WAYANG|Blog Betol-betol Hangat!
ReplyDeletehttp://informations-the.blogspot.com/2012/05/edisi-blog-pilihan-4-blog-pilihan-kaki.html
tqvm kaki wayang...:)
ReplyDeleteSalam kenal dan follow sini ye.
ReplyDeleteA very good reminder to all women out here!
ReplyDeleteThanx for sharing!
SHARING IS CARING...:} Reminder for me and for us all....
ReplyDelete