Churp Churp

TOLONG CLICK!!!

Friday, December 23, 2011

Jalan-jalan

Tiba-tiba kaklang teringat waktu kami sekeluarga ke Sarawak, September tahun lepas sempena khenduri sambut menantu di rumah suami adik kaklang.  Adik kaklang bersuamikan orang Kapit. 

Anak-anak very excited nak naik kapalterbang, flight kami awal pagi, kalau tak silap kaklang pukul 6 pagi kot, so pukul 4:30 kami dah bergerak dari Gombak ke LCCT.  Setibanya kami di Airport Sibu kami terus mendapatkan teksi untuk ke bandar Sibu dari sana kami ke jeti untuk menaiki bot penumpang ke Kapit.  

Waaaa.... macam mengembara lah pulak, perjalanan dengan bot mengambil masa 3 jam mudik ke hulu sungai.  setiba di Kapit, kami dijemput dengan dua kenderaan dan terus di bawa ke rumah keluarga lelaki.  They're all friendly dan kami seperti berada di kalangan keluarga sendiri ketika di sana.  

Orang di sana boleh dikatakan hidup dalam kesenangan, rumah yang besar2 dan keselamatan kampung mereka amat terjamin di mana jika keluar rumah tanpa perlu mengunci pintu sekali pun tiada apa yang perlu di takutkan....

Udara di Kapit sangat segar, maklumlah kawasannya di kelilingi oleh bukit bukau dan hutan.  Jalan raya di situ agak kecil, dan mencabar bagi mereka yang baru mendapat lesen memandu kerana jalannya selain dari berliku-liku ia juga berbukit-bukit dan kerap kali perlu memandu di lereng bukit di sebelah dan jurang dalam di sebelah lagi.   Kami sempat melawat rumah panjang orang-orang Iban... melihat kehidupan mereka yang telah banyak di pengaruhi oleh arus kemodenan.  Mereka masih mandi di sungai yang mengalir air jernih, disitu mereka mandi, disitu juga mereka menangkap ikan untuk di buat hidangan.  

Kami turut ke Pasar Kapit, melihat kepelbagaian barangan yang dijual.  Ada yang menjual barangan kraftangan yang berbagai dan sangat menarik.... ada yang menjual sayur-sayuran kampung yang kebanyakkannya tidak kaklang kenali... dan juga makanan eksotik mereka seperti ular dan katak... ada juga kepada daging rusa dengan kepalanya sekali....tapi kaklang tak berani lah nak beli, takut rusa tak disembelih.  Kaklang dan keluarga sempat membeli beberapa barangan kraft buatan orang tempatan dan boss membeli dua bilah pedang Sarawak, buat kenang-kenangan katanya. 

No comments:

Post a Comment