Churp Churp

TOLONG CLICK!!!

Tuesday, July 26, 2011

19. Perkongsian

kata-kata mutiara untuk hari ini....

keselesaan tubuh kerana sedikit makan
keselesaan jiwa kerana sedikit dosa
keselesaan hati kerana sedikit keinginan
keselesaan lisan kerana sedikit bicara

kaklang pernah berkongsi kata-kata mutiara ini dlm facebook kaklang.... sekadar mengulang tayang untuk menjadi pedoman kita dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh godaan.

suka ok lah, tak suka pun takpe... blog kaklang ini pengisiannya pelbagai. Ada kisah seharian dalam kehidupan kaklang, ada perkongsian yang kaklang rasa patut kaklang kongsi dengan orang lain.  Ada antara yang kaklang kongsikan, kaklang dapati dari pembacaan kaklang dan ada juga dari apa yang kaklang lihat dan kaklang dengar.

Sunday, July 24, 2011

18. Austime / Austistik Spektrum

Hari ni kaklang rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dalam memelihara dan mendidik anak sulung kaklang....Harith Ikhwan atau kaklang dan keluarga memanggilnya Along.  

Pada awal kelahirannya hingga zaman kanak-kanaknya, Along adalah seorang anak yang mudah dijaga. Kaklang sendiri tidak perasan yang anak kaklang ni seorang anak istimewa.  Wajah dan keletahnya semasa membesar tidak berbeza dengan kanak-kanak normal yang lain.  Cuma setelah dia berusia tiga tahun keatas kaklang baru perasan pertuturannya lambat, dan dia agak hyperactive.  Sewaktu kami sekeluarga tinggal di Klang, di kebanyakkan waktu, hanya kaklang dan along sahaja di rumah memandangkan boss bekerja dan along masih belum beradik.  Along kerap bermain seorang diri di halaman rumah sambil menyanyi lagu-lagu selawat dari kumpulan Raihan. Walau sebutan along tidak lancar tapi dia mudah menangkap dan menghafal apa yg selalu di dengarinya.  Kadang-kadang Along bermain dengan cucu makcik jiran sebelah rumah, Atira dan adiknya Husna. Along memang seorang anak yang ceria dan kehidupannya waktu itu kelihatan sentiasa gembira.  Cuma.... sikap hyper along semakin bertambah dari sehari ke sehari... sentiasa mengundang rasa amarah kaklang. 

Setelah kelahiran Angah, jelas along sangat gembira kerana mempunyai adik, walau berusia hampir 4 tahun dia selalu inginkan persamaan dengan adiknya, botol susu yang serupa, waktu menyusu yang serupa dan berbaring disamping adik dan bersama-sama menghisap botol susu walau pun waktu itu angah masih bayi.  Along memang jelas sangat sayangkan adiknya... tak nampak riak cemburu pada Along.

Setelah kami berpindah balik ke Gombak, barulah kami tahu bahawa anak sulung kami ini seorg istimewa itu pun setelah Along melakukan sesuatu yg sangat mengejutkan kami sekeluarga.  Pada pagi tersebut, lebih kurang pukul 7.30 - 8.30 pagi waktu orang sedang bergegas-gegas untuk ke tempat kerja dan memulakan tugasan harian. Along melintas jalan raya di depan rumah dan memasuki pagar tanah perkuburan di seberang jalan lalu berjalan-jalan di dalam kubur seperti sedang berjalan di taman bunga sambil menegur-negur dan menunjuk-nunjuk pokok-pokok besar di dalam kawasan kuburan tersebut.  Kaklang waktu itu berada di dalam rumah sedang menyiapkan kelengkapan hubby yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja.  Tiba-tiba kaklang perasan along dah tiada di dalam rumah, kaklang menjerit-jerit memanggil nama along dan waktu itu kaklang terdengar sayup-sayup suara along menyahut dari dalam kawasan tanah perkuburan... Ya, Allah.. rasa mahu tercabut nyawa kaklang melihat along di seberang jalan. Macam mana along boleh lepas menyeberangi jalan raya yang sedang sibuk? kaklang berlari mendapatkan along dan hubby terduduk terkejut melihat kejadian tersebut.  Pagi itu juga kami membawa along ke klinik pakar kanak-kanak di Shah Alam dan setelah membuat pemeriksaan doktor mengesyaki along....autistik spektrum. Setelah di bawa untuk pemeriksaan lanjut di PPUKM, Along disahkan oleh doktor sebagai seorang kanak-kanak autistik.  Apa perasaan kaklang?... ada rasa terkejut tetapi kaklang dapat menerima berita itu,  tanpa ada sedikit pun rasa kecewa.  Tetapi kaklang sangat sedih kerana selama ini kaklang tidak sedar along seorang autistik... mudah sangat kaklang naik angin bila dia buat perangai, rupa-rupanya dia sendiri tidak memahami apa yang dilakukan....

Memelihara anak autistik ini agak mencabar kesabaran. Tapi alhamdulillah.... along membesar dengan sihat dan kini telah berusia 13 tahun, mampu menguruskan diri sendiri tanpa bantuan kaklang.  Hyperactive along dah banyak berkurangan cuma sekarang dia pandai mengejek-ngejek bila dimarahi.  Along masih lagi dengan sikap manjanya... sentiasa memimpin tangan kaklang bila kami berjalan-jalan atau waktu kaklang menjemputnya dari sekolah hingga kadang-kadang timbul riak hairan dari wajah-wajah yang memandang.  Mungkin hairan anak bujang yang hampir sama tinggi dengan mamanya masih berjalan berpegangan tangan... Pertuturan along masih tidak lancar... harapan kaklang supaya suatu hari nanti along akan dapat lancar berkata-kata dan boleh berdikari.

Harith Ikhwan @ Along
Moga along menjadi anak yang membanggakan dan membahagiakan kaklang dan hubby, menjadi abang yang bertanggungjawab dan disayangi adik-adik serta menjadi permata hati setiap ahli keluarga keluarga.

17. Salam Isnin. Kisah Yakjuj Makjuj.

Hari ini kita akan berkongsi hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang menceritakan dengan panjang lebar tentang Yakjuj Makjuj.  Antara maksudnya;

Allah mewahyukan kepada Nabi Isa a.s, "Aku akan mengeluarkan hamba-hambaku yang tidak terkalahkan oleh siapa pun.  Kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku (yang soleh) ke bukit. Kalau Allah Taa'la  membangkitkan yakjuj dan makjuj, mereka turun melanda dari tempat yang tinggi.  Gelombang pertama melewati telaga Thiber lalu mereka minum habis air telaga tersebut.

Kemudia lewat pula rombongannya yang lain.  Kata mereka 'sesungguhnya dahulu disini ada air. 'Nabi Isa dan para sahabat beliau terkepung sehingga sebuah kepada lembu lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar seorang kamu hari ini (kerana kekurangan makanan).  Nabi Isa dan para sahabat berdoa semoga Allah menghancurkan Yakjuj Makjuj.  Maka dikirimkan Allah kepada mereka penyakit hidung seperti haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya.  Kemudian Nabi Isa dan para sahabat turun ke bumi.  Tetapi tidak sejengkal tanah pun didapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk itu.  Maka dikirim Allah burung-burung sebesar unta lalu diangkatnya bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkannya ketempat yang dikehendaki Allah.  Kemudia Allah menurunkan hujan yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).   
Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga susu seekor unta cukup mengenyangkan sekumpulan orang.  Susu seekor lembu cukup untuk satu kabilah.  Susu seekor biri-biri cukup untuk sekelompok keluarga dekat.  Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin baik melewati ketiak mereka maka tercabut roh setiap orang mukmin dan muslim.  Maka tinggalah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti keldai.  Maka dikala itu terjadilah kiamat.

(HR-Muslim)

Yakjuj Makjuj menjadi salah satu antara sepuluh tanda besar kiamat.  Tembok pemisah yang dibina oleh Zulkarnain bagi mengekang Yakjuj Makjuj memang ada berdasarkan dari Surah Al-Kahfi ayat 94 yang bermaksud
"Wahai Zul-Qarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi.  Oleh itu setujukan kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepada kamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok diantara kami dengan mereka"

Tembok yang dibina itu sangat kukuh kerana diperbuat daripada besi yag ditiup menjadi tembaga.  Allah Maha Mengetahui tahap pengetahuan manusia, kalau DIA kata tembok maka memang benarlah tembok walau ia tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Yakjuj Makjuj sedang mengorek tembok itu, dan ia akan terus mengoreknya sehingga hari kiamat datang dan mereka dilepaskan dengan izin Allah SWT.

Kita dilekakan dengan masa, Allah jalankan masa dengan laju sehingga kita tidak terasa bahawa masa itu berjalan.  Di dalam masa yang sama juga kita terleka bahwa Yakjuj Makjuj sedang mengorek dinding pemisah antara kita dan mereka dan masanya sudah hampir tiba.


Friday, July 22, 2011

16. Akhir Bukan Bererti Tamat

posting in kaklang copy-paste dari Harakahdaily... sebabnya, kaklang menghormati almarhumah dan menyanjungi perjuangannya dalam memertabatkan ISLAM.


AKHIR BUKAN BERERTI TAMAT
Mohamad Ariff    

Pemergian Almarhumah Dr. Lo' Lo' bte Ghazali agak mengejutkan, namun bagi mereka yang hampir dengan beliau, mungkin sudah mengetahui akan kondisi kesihatan beliau yang dilaporkan meninggal akibat kanser.  Kehilangan beliau amat dirasai oleh pejuang-pejuang yang dalam usaha untuk menegakkan semula kebangkitan Islam apatah lagi para muslimat yang sentiasa mendapat pelbagai nasihat dan pandangan daripada beliau yang boleh dianggap sebagai serikandi yang banyak berjasa dan memberi contoh teladan bahkan telah membuka mata para muslimat di Malaysia khususnya bahawa seorang wanita juga mempunyai peranan dan ada fungsinya dalam pembangunan negara.
Jasanya pelbagai, dan mungkin berbeza daripada icon muslimah lain yang terdapat di Malaysia, namun perjuangnya asli, mahu melihat Islam bertapak kembali. Anak kepada bekas mufti ini dikatakan banyak memberikan sumbangan dalam perjuangan Islam di Malaysia. Justeru, ketiadaan beliau bukanlah suruhan untuk mengakhirkan langkah.  Allah swt lebih menyayangi beliau, tidak sempat menunggu ramadhan, beliau telah dijemput kembali ke asal-usul kejadian. Itu beliau, sudah punya bahagian yang menanti di sisi ar-Rabb. Nasihat kepada kita yang masih terus hidup ini janganlah lemah hanya kerana hilangnya sepasang pemikiran dan tenaga, ingat 'walaupun gigi itu patah sebatang, namun ia masih boleh mengunyah dan memberi fungsi'.

Firman Allah swt dalam surah Ali-Imran ayat 169, bermaksud:
"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup, disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."

Kita yang hidup masih perlu melakukan rangkak-rangkak perjuangan yang belum lagi kedengaran semboyan penamat. Almarhumah Dr Lo' Lo' Ghazali telah memulakan langkahnya, yang belum selesai harus ditamatkan, yang berbaki harus dilaksanakan dan ditunaikan.  Muslimah harus konsisten, apakah kita inginkan kedatangan ke bumi ini dengan kosong dan pulang juga kosong? Tentu tidak, sekurang-kurangnya kita punya sesuatu untuk dibanggakan di sisi tuhan pencipta.  Nasihat kepada saya, sebagai insan bernama adam serta sekalian adam, bahkan ditujukan juga kepada sekalian hawa. Kematian bukan penamat, tetapi sebagai jemputan untuk beristirehat, kematian tidak sepatutnya melemahkan, bahkan lebih menguatkan kerana berakhirnya sesuatu kehidupan bukan berertinya tamat urusan dunia.
Sabda Baginda SAW: Apabila matinya insan, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga, sedekah jariah, ilmu yang dapat dimanfaatkan, anak soleh yang mendoakan untuknya. Riwayat Muslim.

WaAllahu a'alam...


Mohamad Ariff bin Abdul Sarip
Universiti Mutah, Jordan.
22 Julai 2011M / 20 Sya'ban 1432H

15. Perkongsia 05

Sharing is caring....

Ada 5 jalan untuk mendapat kebahagiaan dan keselamatan;
1.  bermusyawarah setiap akan melakukan pekerjaan
2.  bersungguh-sungguh dalam mencapai tujuan
3.  setiap hari membuat kebaikan
4.  mensyukuri apa yang telah dimiliki, dan
5.  tidak suka memuji diri

Renungkan kata -kata indah dari Nabi Daud A.S ini,

Takwa orang mukmin itu ada tiga perkara;
1.  bagus tawakalnya pada apa yang tiada dicapainya
2.  bagus redanya pada apa yang dicapainya
3.  bagus sabarnya pada apa yang telah hilang daripadanya.

Renung-renungkan dan selamat beramal......

 

14. Perkongsian

Assalammualaikum

Hari ni kita ada beberapa perkongsian untuk kita mengambil iktibar dan pengajaran dari kata-kata berhikmah ini.

"Tidaklah ada sesuatu benda yang diciptakan oleh manusia tanpa ada tuannya.  Dan tidaklah ada tuan bagi manusia melainkan Allah SWT"

-sehebat mana pun kita, kita tetap hamba... walau kita kaya-raya hakikatnya kita tidak berbeza dengan simiskin.  Yang membezakan kita adalah amalan kita semasa hidup didunia.-

4 perkara yang akan ditanya di Hari Perhitungan;
-  umurnya, untuk apa dihabiskan?
-  masa mudanya, untuk apa dihabiskan?
-  hartanya, dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan?
-  amalan apa yang telah dilakukan sesuai dengan apa yang telah diketahuinya?

So... tanyalah diri kita soalan-soalan ini sekarang sebelum soalan yang sama di tanya di Hari Pembalasan!!!

Wednesday, July 20, 2011

11. Kids... again...


Boh Plantation in Brinchang
Rose Garden

Still at Brinchang Boh Plantation
Abah, Angah and Adik all the way to the tea factory



"You learn something new everyday if you pay attention...."

"Dalam mengejar kebahagiaan, orang akan gagal beberapa kali dalam hidupnya.  Dengan kegagalan itu dia akan mengetahui dimana letak kelemahan dirinya.  Gagal sekali tidak mengapa, yang susah ialah jatuh dua kali di tempat yang serupa"

"Your biggest competitor is your own view of your future"

"The shorthest line
is always the longest"

13. Perkongsian 03

Sebuah buku ditulis oleh Noorshin Ng Abdullah.

Tajuk buku THE BEAUTY OF COVERING UP

Berkisar tentang persoalan menutup aurat dan yg menarik ditulis oleh seorang mualaf.
Dimana peranan kita sebagai seorang melayu yang lahir sebagai seorang ISLAM? Rasa malu jer bila baca buku ni sbb orang yg memeluk Islam mengambil peranan mengingatkan para muslimah akan kewajipan menutup aurat sedang kita yang lahir-lahir Islam masih terumbang-ambing.. nak tutup aurat ke tidak?  Bila dah tutup kepala pakaian pulak tak sesuai... Sebagai pedoman eloklah buku ini di kongsi bersama bukan untuk anda-anda sahaja bahkan untuk diri kaklang juga.

Boleh dijadikan rujukan mengenai adab-adab menutup aurat dan beberapa lakaran fesyen pakaian muslimah yang menarik dan bertepatan dengan adab pakaian seorang muslimah tetapi dalam masa yang sama menjadikan seorang muslimah itu kelihatan anggun dan sopan.

p.s. gambar muka depan buku akan diupdate kemudian.

Tuesday, July 19, 2011

12. Perkongsian 02

Untuk mendapatkan jiwa yang bahagia ada 4 perkara;

1.  berani kepada kebenaran
2.  tahu rahsia dari pengalaman hidup
3.  pandai menjaga kehormatan batin
4.  adil walaupun kepada diri sendiri

dan

Ada 4 tanda-tanda orang yang berakal;

1.  cinta pada ilmu
2.  tak berubah mukanya waktu menerima umpat dan puji
3.  bagus jawapannya
4.  banyak benarnya.

conclusion... renung-renungkan dan selamat beramal...(meminjam kata2 dr. ez)

10. Al fatihah to Dr Lo Lo

Just wanna to share some sad story about a mujahidah who live a life to make sure a muslim youngster go back to the muslim way...

http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/mohd-rashidi-hasana/4454-perjalanan-terakhir-dr-lo-lo

May Allah bless her.. and rest in peace. Aminn

Sunday, July 17, 2011

9. Foot-patch

Salam... masuk arini dah 3 hari kaklang mencuba footpatch yg sampai ke tangan kaklang hari jumaat lepas... OK kot, tu yg boleh kaklang bagitau.  Setiap pagi bila footpatch tu ditanggalkan memang gelap gelita yang keluar.. tapi yang tak tahan side effectnya. Mungkin angin, toksin dan tak apa-apa benda kat dlm badan ni sedang berperang akibat dari penggunaan footpatch tu. Kaki dua-dua belah sakit, sampai solat pun kena duduk, lutut tak leh nak dibengkok kan... adoyai... mintak-mintak cepatlah sembuhnya.

Hari ni, disebabkan hubby kerja luar maka terpaksalah kaklang berjalan pi mendaki bukit seksyen 9 utk menjemput along balik sekolah (menambahkan kesengsaraan kakiku)...sampai je kat office semput nafas kaklang, tp bukan kaklang jer, si along pun sama jugak semput... maklumlah berjalan jauh, dah tu waktu mentari merah panas membahang di atas kepala...ditambah pulak dengan asap kenderaan dan udara yg tengah berjerebu sekarang ni..

Hari minggu baru ni, kami anak beranak tak kemana, dok rumah buat gotong royong sikit... al-maklum, hari minggu lah baru ada masa untuk mengemas apa yang patut... habuk takyah nak ceritalah, tambahan musim panas sekarang ni, rumah bertutup pun boleh berhabuk.  Paling jauh kami pergi hari ahad semalam ialah ke Tesco.. membeli lauk pauk dan barangan keperluan yg dah kehabisan... dan menu kami untuk hari minggu adalah Kari Kambing, ayam goreng rempah dan sayur kobis goreng.. wah.. seronok tengok anak2 makan maklumlah semenjak 2 menjak ni dapur jarang berasap.

Wednesday, July 13, 2011

8. Trip to Cameron Highland (8-9/7/2011)



gambar anak-anak kaklang kat cameron highland

hari tu tak sempat nak uploadkan gambar-gambar masa kami ke Cameron Highlands.. soo... ni lah dia gambar kids yang enjoyed their holidays kat CH.

Angah di ladang teh boh di brinchang

7. Progress Report Safinatun Najah Montessori Kindergarten

Pagi ni singgah jap kat kindy adik, tengok progress report dia... alhamdulillah... nampaknya adik cepat pickup apa yg di ajar oleh mualimah2nya. Harap adik akan maintain pencapaiannya sampai bila-bila, kalau boleh improve lagi bagus.  Just kena fokus kat angah yang nampaknya banyak berangan.  Along so far ok, just selalu konpius biasalah autistik memang macam tu, tp dah banyak improvement.... alhamdulillah.

Hari ni lunch nasi tapau... lauk kari ayam ngan tempe berlada, oklah pulak masakan kedai tu arini sebab biasanya kurang sedap.  Pameran pedang Nabi kat kompleks kesenian islam dah dua tiga hari dah tapi tak berkesempatan lagi nak pergi. Tengoklah esok lusa, kalau tak pergi rasa rugi pulak.. bukannya jauh pun.. jalan kaki 5 minit dari office,  tinggal nak rajin-rajinkan kaki jer nak berjalan kesana.  Bukan apa lepas ambik along dari sekolah, kaki kaklang rasa dah tak larat nak berjalan lagi... penat memanjat bukit kat seksyen 9 tu. Nampaknya kena kurangkan berat yg bersarang dalam badan ni... kaki dah tak larat nak bawa badan yg berat, kesian kakiku. Tadi cikgu bagitau EMK along hari jumaat baru masuk, aik... macam tu pulak ke.. bank-in cheque sama ngan budak2 lain tapi 2-3 orang boleh bercicir sampai ari jumaat.. wonder pulak... why is it soooo.  Kaklang dah malas nak pi bsn mengupdate kan buku along... tak kuasa.

Sunday, July 10, 2011

6. Pesanan Lukmanul Hakim kepada anaknya

Ingatlah dua perkara dan lupakan dua perkara :

Pertama, ingat segala perbuatan baik orang terhadap kamu dan lupakan semua kebaikan kamu kepada orang

Kedua, lupakan kejahatan orang lain kepada kamu dan ingat segala perbuatan buruk kamu kepada orang lain.

"Ya ALLAH, wahai dzat yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami diatas agama-MU dan diatas ketaatan kepada-MU.."

Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kesulitan dan kesedihan.  Aku berlindung kepada Engkau dari kelemahan dan kemalasan.  Aku berlindung kepada Engkau dari kekikiran dan berhati pengecut.  Aku berlindung kepada Engkau dari terbelit hutang dan tertindas orang lain... amin ya rabbal alamin"

5. Perkongsian01

 sekadar untuk berkongsi puisi-puisi indah hasil cetusan rasa penyair-penyair malaysia yang indah dan menyentuh rasa.

DUNIA DALAM PUISI

apalah yang diburu
dan dikejar sangat
dengan dunia ini

ia tak lebih
dari kesementaraan
yang palsu
penuh fatamorgana
serta tipu daya

sedarlah wahai insan
bahawa anggur duniawi ini
semakin banyak diminum
maka semakin lagi
terasa dahaganya

lantaran sabda Nabi;
jika dibandingkan dengan
kenikmatan yang terdapat
di dalam syurga,
maka dunia hanya tak lebih dari seketul bangkai
yang ditarik atau direbuti
oleh beberapa ekor anjing


hasil cetusan rasa
ZAHARI HASIB, teluk intan (9/5/2011)

4. Selamat Hari Isnin

Assalamualaikum...

Hari isnin... kids nmpak bersemangat ke sekolah, almaklumlah baru balik dari bercuti makan angin.  

Apa cerita cuti kat Cameron?  Biasa jer... suhu kat sana pun dah tak sejuk mana. Kami menginap di Hotel Rossa Pasadena, kat tengah2 pekan Brinchang... jammednye kat pekan tu.. tambahan ada pasar malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sempatlah pergi shopping sikit cenderamata kat pasar malam tu, walaupun kami lencun disiram hujan yg tiba2 turun dgn lebat.  Yang paling menarik bagi kaklang ialah shopping bunga.... wah! rambang sungguh mata melihat bunga berbagai jenis dan berbagai warna.  Kaklang beli 5 pasu bunga berbagai jenis dan 7 pasu kecil pokok kaktus.  Bunga yg dah dipancung pun ada jugak kaklang beli... itupun kaklang hanya beli jenis yg boleh dikeringkan dan tahan lama. Walaupun hasrat nak membeli banyak bunga-bungaan tu ada.. tp mengenangkan tak de tmpat nak disumbatkan ... bonet kereta dah penuh dgn beg pakaian kami 5 beranak, kaklang cuma membeli yang paling menarik perhatian kaklang je walaupun kalau diikutkan hati semua jenis kaklang berkenan.

Di sana kami dibawa melawat kilang teh boh, cactus valley, kebun strawberry, ladang dan kedai cameron tea dan rose centre (kena beli tiket kalau nak masuk) dan membeli belah di pasar tepi jalan yg kaklang tak tahu namanya. 

Hari ni angah bawa strawberry ke sekolah untuk dikongsi dengan classmatenya manakala adik bawa keychain dan fridge magnet utk diberi pada kawan2 dan mualimah2 nya.  Along tak bawa apa-apa sebab bahagian dia dah dimakan kat rumah.

Semalam sempat balik gombak... tapi tak dapat lama sebab sebelum tu kami singgah beli ikan koi dan pokok bunga kat Sungai Buluh... takut kalau lambat balik... matilah pulak ikan2 tu.  Tengok mak, alhamdulillah nampak sihat.. sempat jumpa baby Hannah yang baru sampai dari Jengka... ada tahlil kat sana.  Balik rumah terus gardening... sampai maghrib... bila tengok laman yg sekangkang kera tu dah kemas.. barulah hati rasa tenang dan gembira. Sebab dah penat buat aktiviti di luar rumah nampaknya malam ni makan meehoon sup jer lah.

Thursday, July 7, 2011

3. Lunch

Lunch tengahari ni kat Tesco seksyen 13.  Chinese muslim cuisine jadi pilihan... kaklang makan mee (tak ingat namanye) dan dumpling. OK gaklah, makan lain dari makanan melayu sekali-sekala... asyik makan santan jo... badan pun dah kombang tak mau dio turun doh.  Along bila dah menghadap komputer dah tak ingat nak makan dah ... jawabnya makan roti sosej je lah dia tengahari ni.  Kat luar opis... guruh dah berbunyi dari tadi, tp hujan tak turun lagi. Hopefully.. biarlah angah dan adik smpai dulu, lepas tu tak kisahlah kalau hujan lebat pun.  Teringat kat adik yg menangis2 time di hantar ke kindy tadi... kes malas nak sekolah tu.

                                                   Adik di playground kat rumah

Esok dah tak sekolah sbb nak gi family outing ke Cameron Highlands, hari ini dah malas pulak.  Esok kami sekeluarga akan ke Cameron Highlands sbb sume in-laws dari Kelantan pun turun same.  Saja2 buat gathering.  La ni baru kaklang terfikir 3 tahun duduk kat Perak masa belajar kat ITM Sri Manjung dulu, tp tak pernah naik Cameron.. ke Pangkor, Langkawi, Perlis sume dah sampai...tp tak pernah pulak teringat nak ke Cameron.. wonder why? Padahal masa sem-break dulu kaklang dah sampai ke Tapah, ada satu tempat berkelah kat kaki bukit Cameron tu (nama tempat kalau tak salah kuala woh ke, kalau salah sorrylah dah tak ingat). Kami spent cuti kat sana, kebetulan ada roommate yg memang asal sana.

Haa.. dah balik pun buah hati yg 2 org tu, adik sengih jer... macam bukan dia yg menangis pagi tadi. Bila kaklang tanya kenapa nangis pagi tadi, dia blh buat muka selamba je. Sabar je lah.

Wednesday, July 6, 2011

2. Hari Terbuka PPKI, SMKS9

Pagi ni.. hantar angah ke sekolah... kemudian hantar pulak adik ke tadika lastly baru ke sekolah along (kat atas tu gambar along yg tgh tersenyum simpul). Hari ini hari terbuka ppki, tengok result periksa along... alamak komputer jer yg boleh di harapkan yg lain...???? Mungkin dia baru nak adapt dengan pelajaran sekolah menengah. 

Lepas jumpa guru kelas, kaklang dan hubby serta semua ibubapa ppki menghadiri taklimat EMK dengan pengetua. Nak ketawa pun ada bila pengetua bgtau ada bunyi cakap2 pelajar ppki yg sampai ke telinga cikgu2.. "EMK saya... ayah guna buat beli motor abang..". hahaha .. sapalah tu agaknya, pecah rahsia. Anyway, elaun utk diorg patut gunakan sebaik2nya utk diorg jugak, ni nak puasa dah, tak lama lagi raya... haaa... belikan diorg baju raya.. oklah jugak, mana boleh buat modal beli motor (dahlah motor utk abang pulak tu). Satu yg membuatkan kaklang berbesar hati bila pengetua menyebut " sebab ibubapa berhati kuat dan istimewalah maka dikurniakan anak2 yg istimewa"  Yup... 100% agree, at least along anak istimewa yang tak membawa masalah, sedangkan ibubapa lain yg diberi anak2 sempurna at last anak2 itu menjadi anak yg tak sempurna akhlaknya dan membawa masalah yg menconteng arang ke muka kedua ibubapa.  Dalam hal ini, kaklang amat bersyukur, diberi ruang dan kesempatan untuk memelihara dan mendidik seorg anak istimewa (wpun kesabaran kaklang sering diuji)

Tuesday, July 5, 2011

1. Assalammualaikum wmbrh

Ini posting kaklang yg pertama... 

Salam pertemuan. Kalau ada yg kurang perasanya, harap di ampunkan.. maklumlah baru jer nak belajar berbloging ni. 

Kaklang masih lagi belajar step-by-step on how to use this blog... masih dalam proses membina dan mencantikkan.  Kiranya baru ditabur benih... tunas2 belum tumbuh lagi. 

Insyaallah, bila dah cekap nnti mungkin blog saya ini akan lebih menarik. Alamatnya tercatuk depan PC je lah Kaklang ni..hehehe  ;P